suria

Anjing setia cuba naik pengusung ikut tuannya ke hospital

Tangkap layar video seekor anjing cuba untuk melompat naik ke atas pengusung yang membawa pemiliknya sambil ditolak petugas perubatan yang lengkap dengan peralatan perlindung peribadi, tular baru-baru ini.

KESETIAAN seekor anjing yang berusaha untuk ikut pemiliknya yang terpaksa dibawa ke hospital disebabkan jangkitan Covid-19 meruntun hati warga media sosial.

Aksi sedih itu tersebar menerusi video tular yang menunjukkan anjing tersebut cuba melompat naik ke atas pengusung yang membawa pemiliknya tetapi ditolak petugas perubatan yang lengkap dengan peralatan pelindung diri.

ARTIKLE BERKAITAN: Bantah guna pas kesihatan Covid-19, penunjuk perasaan serang pusat vaksin

ARTIKLE BERKAITAN: Sampai nak kena call polis suruh balik rumah..Wanita ini bengang ibu kawan anak tak datang jemput

Portal The Nation Thailand melaporkan pemilik anjing terbabit, seorang wanita dijemput petugas perubatan di rumah mereka di Samut Songkhram, Bangkok selepas disahkan positif wabak itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Suami kepada pemilik anjing terbabit malangnya telah meninggal dunia disebabkan Covid-19 baru-baru ini.

Anjing terbabit dipelihara kedua pasangan tersebut sejak kecil.

Memandangkan wanita itu dimasukkan ke hospital, anjing tersebut kini dijaga anak lelakinya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

anjing, setia, tular, covid-19

Artikel Lain