suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki dengan gaya rambut sanggul diburu, berak atas rumput taman 7 hari berturut-turut

Biarpun ada netizen yang menganggap ia sesuatu yang lucu, polis bagaimanapun mengambil serius hal itu. (Foto: Getty Images)

LAIN manusia, lain ragamnya.

Di Alice Springs, Australia, polis kini sedang memburu seorang lelaki kerana didakwa membuang air besar di atas rumput sebuah taman di kawasan kediaman selama tujuh hari berturut-turut.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dia kelihatan meninggalkan najis di kawasan sama, sekitar 3 pagi, selama seminggu.

Pihak polis turut mengeluarkan perincian mengenai ciri-ciri suspek.

Selain memiliki gaya rambut sanggul, dia yang mempunyai jambang disifakan seorang individu yang hipster.

Biarpun ada netizen yang menganggap ia sesuatu yang lucu, polis bagaimanapun mengambil serius hal itu.

"Perbuatannya dirakam CCTV dan ia sesuatu yang tidak baik," ujar seorang polis, Komander Adrian Kidney. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain