suria

Siapa kata buat ais krim susah? Guna 5 bahan jer dah siap!

Ais krim enak dimakan bersama brownie.

SIAPA kata buat ais krim itu susah? Sebenarnya membuat ais krim tidak memerlukan bahan yang banyak malah cara pembuatannya juga cukup mudah.

Kebetulan musim cuti sekolah ini, apa kata jadikan ia aktiviti keluarga dan boleh dinikmati bersama-sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa kata hidang ayam buttermilk untuk anak-anak di musim cuti sekolah ini

Resepi ais krim ini cukup simple tetapi jika anda gunakan kreativiti ia boleh menjadi hidangan ringan yang menyelerakan dengan penambahan bahan seperti coklat atau pun puri durian!

Bahan-bahannya:

100 gram gula kastor

1 liter susu (susu UHT)

500 gram krim tanpa tenusu (cofeemate)

1/2 sudu makan esen vanila

1/2 sudu makan esen pudina

Cara-cara membuatnya:

1. Sejukkan bekas dalam peti sejuk. Tetap suhu peti sejuk anda pada suhu paling rendah.

2. Gabungkan bahan-bahan seperti gula, susu dan krim tanpa tenusu dalam bekas.

3. Gaul bahan-bahan tersebut secara berterusan sehingga ia sebati dan gula larut. Kemudian masukkan esen vanila serta pudina dan gaul rata.

4. Masukkan bahan itu ke dalam bekas yang disejukkan dan tutup dengan penutup sebelum masukkan ke dalam peti sejuk beku selama 4 jam.

5. Keluarkan bekas dari peti sejuk dan gaul sekali lagi adunan itu sehingga ia menjadi berkrim sebelum dimasukkan kembali ke dalam peti sejuk beku selama 5 ke 6 jam.

6. Hidangkan bersama sepotong brownie bagi merasai kelazatan ais krim buatan anda sendiri. - KUALI

Resepi, Ais Krim

Artikel Lain