suria

Siapa sangka pisang dan yogurt boleh dijadikan perapi rambut... nak buat pun mudah, jimat!

Perapi rambut cukup penting bagi memastikan mahkota wanita itu kekal cantik dan sihat.

PERAPI rambut adalah salah satu produk yang penting sebagai perawat selepas mencuci rambut dengan syampu.

Selain melembutkan, produk ini juga berfungsi untuk mengekalkan kilauan rambut, mengurangkan kekusutan dan memperbaiki hujung rambut yang rosak.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketahui perubahan yang berlaku pada kulit wajah ketika usia memasuki 30 tahun

Bagaimanapun, kebanyakan perapi rambut yang dijual dicampur dengan bahan kimia dan pewangi berlebihan selain harganya mahal.

Tak usah bimbang, ada cara semula jadi untuk menggantikan perapi rambut dengan dua bahan ini.

1. Pisang

Pasti ramai tidak tahu bahawa pisang adalah pelembap semula jadi yang membantu menjaga kulit agar lebih cerah dan bersinar. Pisang juga membantu merawat hujung rambut yang rosak selain melembutkan rambut.

Cara membuat perapi rambut menggunakan pisang juga cukup mudah dan hanya memerlukan tiga bahan iaitu sebiji pisang, tiga sudu makan minyak zaitun dan dua sudu makan madu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Cara membuatnya:

1. Hancurkan pisang dengan garpu dan pastikan ia benar-benar cair dan tidak bergumpal.

2. Tambahkan dua bahan yang lain untuk dijadikan perapi rambut.

3. Sapu bahan tadi secara menyeluruh pada pangkal rambut dan hujung rambut.

4. Balut kepala anda menggunakan shower cap selama 30 minit.

5. Bilas dengan air sebelum syampu rambut seperti biasa.

2. Yogurt

Yogurt adalah pelembap semula jadi yang baik untuk kulit dan rambut. Bahan ini mengandungi asid laktat yang membantu menjaga kulit kepala tetap bersih sambil menyeimbangkan tahap pH rambut anda.

Bahan-bahan diperlukan cuma dua sudu yogurt (atau bergantung kepada kepanjangan rambut) dan dua sudu makan madu.

Cara membuatnya:

1. Campur kedua-dua bahan tersebut dalam mangkuk dan kacau rata.

2. Sapu pada bahagian rambut dan kulit kepala.

3. Balut kepala anda dengan shower cap selama 30 minit sebelum dicuci dengan syampu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain