suria

Dipinggirkan kerana ketiak busuk? Hilangkan bau peluh dengan limau nipis, ini caranya!

Tampil yakin dengan ketiak yang bersih dan tidak berbau.

BAU ketiak akibat peluh berlebihan dapat menyebabkan badan berbau dan boleh menyebabkan orang di sekeliling berasa tidak selesa.

Sebelum bau ketiak membuatkan anda hilang keyakinan diri atau orang lain menjauhi anda, ada baiknya keadaan itu ditangani segera.

ARTIKEL BERKAITAN: Aduh! Sakitnya jerawat tumbuh di punggung... Ketahui cara menghilangkannya

Selain menjaga kebersihan tubuh secara rutin, bau ketiak biasanya dapat diatasi dengan penggunaan deodoran.

Selain itu, bagi yang tidak suka menggunakan deodoran atau elergi terhadapnya, anda boleh mencuba kaedah semula jadi iaitu menggunakan limau nipis.

Selain buah-buahan sitrus yang lain, limau nipis juga kaya dengan vitamin C.

Berfungsi sebagai antioksidan, ia juga mampu membunuh 99 peratus bakteria sekali gus membantu menjaga kebersihan ketiak anda.



Limau nipis mampu membunuh 99 peratus bakteria.

Cara menghilangkan bau ketiak dengan limau nipis sangat mudah, iaitu;

1. Sejukkan limau nipis dalam peti sejuk dan lebih baik gunakan limau nipis organik.

2. Belah limau nipis menjadi dua bahagian dan selepas mandi, sapukan ia terus pada ketiak.

3. Tunggu sehingga ketiak kering sebelum memakai pakaian agar jus limau yang disapu pada ketiak tidak melekat pada baju anda.

Limau nipis dapat membuatkan ketiak anda kering dan kurang berpeluh serta mengurangkan bau busuk.

Sebaik-baiknya, ulang langkah sama setiap hari selepas bangun dan sebelum tidur, terutamanya bagi yang mengalami masalah berpeluh teruk dan sering melakukan aktiviti luar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Tun Daim meninggal dunia