Anda ada masalah rambut gugur? 7 makanan ini rupa-rupanya boleh bantu selesaikannya

Keguguran rambut adalah masalah biasa tetapi ada cara boleh dilakukan selain menggunakan produk.

RAMBUT gugur adalah perkara biasa yang dialami terutamanya wanita disebabkan tekanan, rawatan rambut yang tidak sesuai dan gangguan hormon.

Selain penggunaan produk-produk rawatan rambut, sebenarnya ada satu perkara yang sering dipandang ringan iaitu pemakanan seimbang.

ARTIKEL BERKAITAN: Ingat, sihat dan cantik perlu seiring! Dr Che Hafiz kongsi 9 tip penjagaan kulit, nampak lebih muda

Ia penting dalam membantu memperbaiki kerosakan rambut secara dalaman. Berikut adalah tujuh jenis makanan yang memiliki nutrisi yang diperlukan untuk pertumbuhan rambut sihat.

1. Bayam

Bayam kaya dengan zat besi, vitamin A, folat, omega-3, magnesium, kalium dan kalsium yang menjaga rambut agar tetap kuat dan sihat.

Kandungan vitamin A dalam bayam cukup tinggi dan vitamin ini membantu kelenjar menghasilkan sebum iaitu minyak semula jadi yang mampu melembapkan kulit kepala.

2. Biji Bunga Matahari

Ia kaya dengan vitamin B5 yang membantu melancarkan aliran darah pada kulit kepala dan mendorong pertumbuhan rambut.

Vitamin B5 bersifat asid pantotenat yang merupakan nutrisi penting dalam mencegah keguguran rambut.

3. Buah Bit

Buah bit diketahui mengandungi nitrat yang meningkatkan saliran darah dalam tubuh manusia. Ini dapat memberikan folikel rambut kita oksigen dan nutrisi.

4. Oat

Oat mengandungi beta-glukan yang merupakan jenis serat yang mudah larut. Keguguran rambut juga dikaitkan dengan gangguan hormon namun kandungan serat gandum dapat membantu memperbaikinya.

5. Daging ayam

Asid arakidonat adalah salah satu faktor utama untuk merangsang pertumbuhan rambut agar menjadi tebal dan cantik. Daging ayam adalah sumber utama asid ini.

6. Cili merah

Cili merah mungkin pedas tapi ia juga kaya dengan vitamin C yang dapat meningkatkan pertumbuhan rambut.

7. Makanan laut

Makanan laut seperti kerang atau udang bermanfaat untuk merangsang pertumbuhan rambut. Ia kaya dengan vitamin B, zat besi, iron dan vitamin D.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Rambut Gugur, Buah Bit, Bayam, Ayam, Oat

Artikel Berkaitan

Artikel Lain