Ais, daun pudina boleh sembuhkan jerawat di kepala? Ini caranya...

Masalah jerawat di kepala boleh menyebabkan kesakitan dan penampilan seseorang terjejas.

MASALAH jerawat cukup sinonim dalam kalangan remaja sehingga ada yang tumbuh bukan sahaja di bahagian wajah tetapi leher dan kulit kepala.

Jerawat yang muncul pada kulit kepala biasanya boleh menyebabkan seseorang berasa rengsa kerana ia menyakitkan selain ia tersembunyi di celah-celah helaian rambut.

Pelbagai faktor boleh menjadi penyebab masalah jerawat di kepala seperti alergi, kebersihan, perubahan hormon serta cuaca tidak menentu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sambil gosok gigi jangan lupa 'singgah' ke lidah... elak mulut berbau

Bagi yang mempunyai masalah ini, apa kata cuba beberapa cara secara semula jadi bagi merawat jerawat di kepala.

1. Minyak Kelapa

Ini kaedah paling mudah yang boleh cuba dilakukan di rumah. Minyak kelapa mengandungi sifat anti-inflamasi dan antimikroba yang cukup baik bukan sahaja untuk merawat jerawat tetapi melebatkan rambut.

Caranya juga cukup mudah, hanya sapu sedikit minyak kelapa pada kulit kepala dan rambut serta biarkan selama beberapa jam. Bilas dengan menggunakan syampu sesuai dengan jenis rambut.

Lakukan proses ini dua kali seminggu untuk mendapatkan hasilnya.

2. Lidah Buaya

Seperti minyak kelapa, gel lidah buaya (Aloe Vera) juga memiliki sifat anti jerawat, anti inflamasi dan penyembuhan yang dapat memberikan bantuan dalam mengurangkan kerengsaan dan memulihkan kulit kepala daripada masalah jerawat.

Hanya sapu gel lidah buaya di tempat yang terjejas dan biarkan selama sejam sebelum dicuci menggunakan air bersih. Ulang proses itu setiap hari.

3. Minyak Tea Tree

Minyak tea tree juga kaya dengan anti inflamasi yang mampu membantu mengurangkan jerawat. Cuci rambut menggunakan syampu biasa dan tambahkan beberapa titis minyak tea tree bersama pelembut rambut.

Sapu perlahan dan urut kulit kepala sebelum cuci dengan air bersih. Lakukan proses ini sebanyak tiga kali seminggu.

4. Ais, Daun Pudina

Caraya cukup mudah! Hanya perlu sapukan ais batu bersama daun pudina yang telah diracik halus. Daun pudina dapat memberi kesegaran pada kulit kepala dan merawat masalah jerawat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain