suria

Penghuni asrama histeria, pocong ikut solat Maghrib! Pelajar menjerit, menggelupur tengok wajah hitam berbungkus

Solat Maghrib rakan Emil terganggu kerana pocong.

FENOMENA 'serangan' histeria boleh dikatakan sering terjadi dalam kalangan penghuni asrama dan ia berlaku pada keadaan yang tidak disangka-sangka.

Sebagai penghuni pastinya mereka berhati-hati supaya kejadian seumpama itu tidak menimpa diri.

Salah satunya ialah menjaga adab dan perlakuan agar tidak melampaui batas agama.

Baru-baru ini seorang pelayar Twitter yang dikenali sebagai Emil menceritakan situasi seram yang menimpa rakannya ketika mereka sedang menunaikan solat Maghrib di sebuah sekolah berasrama.

Ia persis kisah seram dalam filem dari Indonesia berjudul Makmum yang ditayangkan pada 2019 dan turut mendapat perhatian rakyat di negara ini.

Jemaah wanita turut histeria selepas 'diganggu'.

Jemaah wanita turut histeria selepas terkena gangguan.

Berbalik kepada cerita Emil, disebabkan terlambat hadir berjemaah di surau, dia dan rakannya terpaksa berada di saf paling belakang.

Cerita Emil, semasa sedang solat tiba-tiba dia terdengar bunyi seperti orang sedang nafas.

Siapa yang tidak terkejut apabila mendengar nafas garau betul-betul di cuping telinga?

ARTIKEL BERKAITAN: Perabot bergerak sendiri selepas pemuda tolong gadis dirasuk! Jiran merungut bising, tunjuk rakaman CCTV tak berani buka pula

Hembusan keras itu pula didengari semasa suasana hening dan sunyi sepi melainkan alunan bacaan surah daripada imam yang mengetuai solat jemaah.

Enggan solat terbatal dengan gangguan yang tidak pasti itu, dia membiarkan sahaja dan berpura-pura tidak mengetahui tentang apa yang sedang terjadi.

Namun, semakin lama bunyi dengusan semakin rapat dengan muka dan daripada lirikan ekor matanya menampakkan wajah hitam yang sedang ‘berbungkus’ menjengah di atas bahu kiri.

Ketakutan mula menguasai dirinya.

Lantas mata dipejam dengan cepat dan rapat supaya tidak melihat lembaga yang mengganggu.

Pada waktu sama, imam mulai rukuk.

Sejurus rukuk mengikut imam, dia yang merasakan bayangan seram itu hilang sekali lagi dikejutkan dengan pandangan ‘muka hitam’.

Ya! Pocong turut sama rukuk tetapi wajahnya menatap muka rakan Emil.

Dek kerana terkejut, rakan Emil menjerit dan mengelupur histeria.

Pun begitu, imam masih meneruskan solat.

Pada masa sama, kedengaran jeritan beberapa orang wanita daripada ruang solat perempuan, histeria bermula!

Seusai solat, jemaah lelaki cuba membantu mereka yang dirasuk dan dengan izin Allah semuanya berjaya dipulihkan semangat seperti sedia kala.

Hingga kini Emil masih tertanya-tanya tentang gangguan pocong itu, lebih-lebih lagi ketika rakannya sedang solat di dalam surau.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain