suria

[V] Gempar kuntilanak jadi manusia! Tunjuk paku di kepala, rambut pula panjang mengurai

Paku yang ditusuk pada kuntilanak menyebabkan dia bertukar menjadi manusia.

SEJAK dahulu kala kita sering dihidangkan dengan pelbagai cerita khayalan tentang roh-roh jahat yang disebut sebagai hantu.

Di Indonesia, terdapat pelbagai jenis cerita hantu yang digambarkan dengan cukup menyeramkan sebagai peringatan kepada manusia agar tidak melakukan perkara buruk.

Jika tersilap langkah, pastinya seluruh kehidupan seseorang itu akan diselubungi gangguan seram yang tak tercapai dek akal.

Hantu yang disebut sebagai kuntilanak adalah salah satu yang cukup terkenal di negara tangga itu.

Bahkan hingga ke hari ini kisah misteri tentang kuntilanak yang dikatakan sebagai roh pendendam daripada jelmaan wanita cantik terus menarik minat ramai.

Terkini viral dalam kalangan pengguna TikTok tentang pendedahan identiti seorang wanita dikenali sebagai Aminah menerusi satu program bual bicara.

ARTIKEL BERKAITAN: Cleaner ada belaan! Bangun jam 3 pagi kunyah tulang, lidahnya panjang jilat sisa makanan di lantai

Menerusi video viral di TikTok, Aminah didakwa sebagai jelmaan kuntilanak dan hidup seperti manusia normal.

Pada rakaman sama penjaga kepada kuntilanak itu menunjukkan sebatang paku besar tertusuk di pusar kepala wanita terbabit dan dikatakan ia adalah punca dia yang asalnya kuntilanak bertukar menjadi manusia.

"Okey ini bagi membuktikan kepada teman-teman semua bahawa memang ada paku di pusar kepala Aminah," kata seorang lelaki yang bertindak sebagai moderator program berkenaan.

Forum yang mendedahkan seorang gadis adalah jelmaan kuntilanak.

Kuntilanak dalam era milenium ini dikatakan dapat menjalani kehidupan seperti manusia biasa malah boleh berkahwin dan mempunyai anak.

Selain itu pengendali program berkenaan yang mendakwa pernah bersemuka dengan kuntilanak itu turut bertanya mengenai keadaan rambutnya sama ada masih panjang atau sudah berubah.

"Sebelum ini rambutnya panjang, sekarang ini adakah masih panjang atau sudah dipotong," tanya lelaki yang turut memakai topeng itu.

Rambut dia tak boleh dipotong kerana guntingnya akan patah... kita sudah cuba pelbagai cara namun gagal.

PENJAGA KUNTILANAK

Kemudian penjaga kuntilanak itu memaklumkan bahawa rambut sosok berkenaan masih panjang sambil meminta si kuntilanak pusing ke belakang untuk menunjukkan rambutnya yang mengurai melepasi paras punggung.

"Kenapa tidak dipotong agar kelihatan seperti manusia biasa?" tanya moderator itu lagi.

Namun kali ini jawapan penjaga Aminah cukup mengejutkan.

"Tak boleh dipotong kerana guntingnya akan patah. Rambut dia memang tak boleh dipotong, kita sudah cuba pelbagai cara namun gagal," katanya.

Keadaan paku yang tertusuk di kepala kuntilanak berkenaan.

Malah rambutnya dikatakan memerlukan masa yang lama untuk tumbuh panjang dengan anggaran satu sentimeter bersamaan 10 tahun.

"Aminah akan menua lebih lama jika dibandingkan dengan manusia dan anaknya juga boleh menjadi lebih tua daripadanya.

"Dia juga mempunyai darah haid seperti manusia biasa," katanya.

Bagaimanapun rata-rata netizen tidak mempercayai keseluruhan pendedahan tersebut kerana dikatakan ia hanya rekaan untuk kandungan atau content media sosial.

Bahkan netizen dari Malaysia juga menyifatkan perkongsian tentang kuntilanak itu sebagai sesuatu yang melucukan.

"Jarang tak kelakar jiran tetangga aku ni. Lepas ni dia bawa pocong pula buat live.

"Lain macam content dia.

"Yang dipakai itu rambut palsu, jangan percaya," kata netizen yang sepakat terhibur dengan kisah berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain