Serlahkan kreativiti anda, Samsung Galaxy Note10 ditawar pada harga bermula RM3,699 - I-suke | mStar

Serlahkan kreativiti anda, Samsung Galaxy Note10 ditawar pada harga bermula RM3,699

Peranti terbaharu Samsung yang ditunggu-tunggu ramai penggemar teknologi kini sudah tiba. -foto REUTERS

SAMSUNG Malaysia Electronics melancarkan Galaxy Note10, rangkaian telefon pintar premiumnya yang baharu, menggabungkan reka bentuk elegan dengan prestasi berkuasa tinggi dan alat produktiviti.

Dengan harga bermula daripada RM3,699, Galaxy Note10 memberikan kebebasan kepada pengguna untuk bekerja dengan cara yang mereka gemari dan menunjukkan semangat kreativiti, semuanya secara mudah alih, kata Presiden Samsung Malaysia Electronics, DJ Koh.

Pilihan warna yang cukup menawan.

“Galaxy Note10 membuktikan Samsung terus menjadi pereka baru kepada pengalaman mudah alih baharu merentasi semua platform dan peranti,” katanya semasa pelancaran Galaxy Note10.

Beliau berkata untuk pertama kalinya, Samsung turut memperkenalkan dua peranti Note iaitu Note10 dan Note10+, dengan kedua-duanya menampilkan inovasi revolusioner dari segi reka bentuk, kreativiti, produktiviti dan prestasi.

Galaxy Note10 menawarkan produktiviti maju dalam bentuk kompak, mempunyai 6.3 inci paparan infiniti sinematik sebagai Note paling kompak setakat ini, manakala Galaxy Note10+ mempunyai paparan Note terbesar iaitu paparan infiniti sinematik 6.8 inci pada peranti berkenaan yang mudah dipegang dan digunakan, kata Kim.

Peranti yang sesuai untuk kreativiti anda.

Galaxy Note10 dan Galaxy Note10 + dengan kapasiti simpanan 256GB masing-masing berharga RM3,699 dan RM4,199.

KLIK SINI untuk membeli.

Bagi mereka yang mahukan kapasiti lebih besar, mereka boleh mendapatkan Galaxy Note10 + 512GB berharga RM4,799.

Galaxy Note10 didatangkan dalam tiga warna; aura glow, hitam dan merah jambu, manakala Galaxy Note10+ mempunyai pilihan warna aura glow, hitam dan putih.-Bernama

Samsung , Galaxy Note10 , telefon pintar

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain