suria

Bimbang online shopping sampai akaun kering? Ini 3 langkah bijak yang boleh anda ikut

Berbelanja secara online boleh menyebabkan seseorang menjadi boros jika membeli tanpa kawalan. Gambar Sekadar Hiasan

PEMBELIAN secara dalam talian menjadi trend masa kini kerana ia bukan sahaja menjimatkan masa malah terdapat pelbagai pilihan tanpa perlu pergi ke premis jualan.

Tapi awas! Shopping secara online juga ada keburukannya kerana ia boleh menjerumus kepada tabiat boros tanpa disedari kerana terlalu asyik membeli walaupun ada antara barang tersebut bukanlah keperluan.

ARTIKEL BERKAITAN: Minat barang preloved, bundle? Jangan terburu-buru membeli, 4 kategori ini pasti membantu anda

Oleh itu, sebagai pengguna kita perlu menjadi seorang yang bijak dan ini ada 3 langkah yang boleh menyelamatkan wang anda!

1. Manfaatkan flash sale

Waktu yang paling sesuai untuk membuat pembelian dalam talian adalah ketika adanya flash sale atau jualan kilat yang biasanya sering dilakukan oleh kebanyakan peniaga online.

Biasanya mereka akan memaparkan iklan di muka depan laman web dan harga yang ditawarkan lebih rendah dari biasa. Pembelian flash sale ini boleh menjimatkan wang anda.

2. Buru promo

Ramai daripada kita sering terlupa menggunakan promo yang diberikan malah tiada inisiatif untuk 'menjejak' promo yang diletakkan dalam laman web ketika membuat pembelian.

Wahal sebenarnya penggunaan kod promo sangat menguntungkan malah silap-silap barang yang dibeli hanya berharga RM2!

Jadi semasa buat pembelian jangan lupa jeling-jeling sekali kod promo atau baucar yang disediakan.

3. Cashback

Cashback adalah sistem pemotongan harga dalam bentuk deposit yang boleh digunakan pada pembelian seterusnya.

Selain flash sale dan kod promo, penjimatan juga boleh dimanfaatkan menerusi cashback yang menguntungkan. - TEMPO 

Artikel Lain