suria

Lega tak perlu buang, papan pemotong hitam berdaki kembali putih... Cuci guna 3 bahan je, senang sangat!

Papan pemotong yang kotor kembali putih selepas dibersihkan.

PAPAN pemotong akan bertukar warna selepas ia digunakan dalam tempoh yang lama.

Kesan kotoran itu bukan sahaja menjijikkan, malah mungkin mengandungi bakteria yang tidak kita ketahui.

Di TikTok, seorang pemuda dikenali sebagai Khai Jimat berkongsi cara mudah untuk membersihkan papan pemotong dengan menggunakan tiga bahan sahaja.

"Aku nak beritahu cara untuk menghilangkan kesan hitam dekat papan pemotong ni. Bahan-bahan yang diperlukan adalah cuka, soda bikarbonat dan lemon.

"Mula-mula potong lemon dalam setengah biji, letak dalam bekas dan campurkan soda bikarbonat mengikut sukatan yang anda suka. Letak juga cuka ikut sukatan sendiri.

"Selepas itu, gosok papan pemotong (dengan lemon) sehingga hilang kotoran. Lepas lama aku gosok, hilang kesan hitam. Nampak putih, jadi kita tak perlu buang papan ni," ujar Khai.

Tambah Khai, kaedah ini juga boleh digunakan untuk mencuci bekas menggaul ikan yang bertukar kuning akibat kesan kunyit.

Selain itu, ada juga individu lain yang meletakkan garam di atas permukaan papan pemotong ketika proses cucian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain