suria

Cuaca panas jadi cabaran Ramadan, 4 pokok ini boleh sejukkan ruang kediaman secara semula jadi

Kehadiran tumbuhan hijau boleh menyuntik elemen segar dalam kediaman anda. -Gambar hiasan

MUSIM panas yang sedang melanda ketika ini pasti membuatkan kita tidak selesa untuk menjalani kehidupan seharian.

Di rumah, kipas bukan sahaja dipasang pada kelajuan maksimum, malah pendingin hawa turut dihidupkan sepanjang hari untuk menyejukkan seluruh ruang.

Sebagai alternatif, anda sebenarnya boleh mendapatkan beberapa jenis pokok yang dikatakan berfungsi untuk menyejukkan kediaman.

1. Aloe Vera

Aloe vera merupakan tumbuhan yang senang untuk dijumpai di negara kita, malah ia sering ditanam di kebanyakan kediaman.

Selain faedah perubatan yang tidak terkira banyaknya, tumbuhan ini terkenal kerana mengeluarkan toksin dari udara dan mengekalkan tahap haba dan oksigen dalam kawalan.

The aloe vera leaf is the most vital part of the miracle plant.

Aloe vera ditanam secara meluas di negara kita. -Gambar hiasan

Tumbuhan serba boleh ini bukan sahaja cantik untuk dijadikan sebagai perhiasan, malah ia juga membawa rasa sejuk secara semula jadi ke dalam kediaman.

2. Sirih gading

Sirih gading atau money plant (Epipremnum Aureum) juga merupakan pokok yang biasa ditemui di Malaysia.

Pokok ini dikatakan boleh menghapuskan toksin dari udara.

Malah, ia sering disebut sebagai antara tumbuhan rumah terbaik untuk meningkatkan kualiti udara dalaman.

sirih

Sirih gading juga boleh ditanam untuk meningkatkan kualiti udara di kediaman. -Gambar hiasan

3. Lidah jin

Pokok ini dikenali dengan pelbagai nama, antaranya lidah jin, lidah mentua, snake plant atau sansevieria.

Ia adalah tumbuhan rumah yang sangat biasa yang membantu mengekalkan darjah suhu rendah.

Tumbuhan ini juga terkenal dengan keupayaannya untuk meningkatkan paras oksigen pada ruang yang disimpannya.

Dekorasi pokok yang menghijau menyuntik elemen segar di kediaman. -Gambar hiasan

Dekorasi pokok yang menghijau menyuntik elemen segar di kediaman. -Gambar hiasan

Lidah jin yang berdaya tahan ini merupakan pilihan terbaik untuk diletakkan di dalam bilik tidur atau ruang tamu.

4. Ara beringin

Selain lidah jin, anda juga boleh menanam pokok ara beringin atau ficus benjamina.

Tanaman yang menarik ini biasanya diletakkan sebagai hiasan pada ruang-ruang tertentu di dalam rumah.

Ia merupakan salah satu daripada beberapa jenis pokok yang tumbuh dengan baik di dalam rumah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain