suria

Pasport Malaysia di tangga ke-12 paling berkuasa di dunia, sedia akses bebas visa ke 182 destinasi global

Malaysia berada di tangga ke-12 pasport paling berkuasa di dunia dengan skor 182. -Gambar hiasan/The Star

PASPORT Malaysia berada di tempat ke-12 dalam ranking pasport global, jatuh satu anak tangga dari kedudukan yang dicatatkan pada tahun lalu.

Menurut Indeks Pasport Henley 2024, pasport Malaysia mempunyai skor bebas visa 182, bererti ia menyediakan akses bebas visa ke 182 dari 227 destinasi perjalanan di seluruh dunia.

Malaysia turut berkongsi kedudukan ke-12 dalam ranking pasport global bersama Cyprus dan Liechtenstein.

Untuk rekod, pada permulaan tahun 2023, Malaysia menduduki tempat ke-14 pasport paling berkuasa di dunia dengan skor 179.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasport Malaysia Keenam Paling Berkuasa Di Dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ini kongsi pengalaman ‘renew’ pasport, boleh dapat dalam masa 40 minit selepas lulus

Ia kemudian naik tiga anak tangga dan berada di tempat ke-11, dengan skor 180, pada Julai 2023.

Antara negara yang boleh diakses pemegang pasport Malaysia tanpa visa ialah Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Itali, United Kingdom, Jepun, Kanada dan Amerika Syarikat.

Passengers have to line up at Immigration counter as Malaysian passport was not working at autogate at KLIA  in Sepang.  MOHD SAHAR MISNI/The Star

Pasport Malaysia menyediakan akses bebas visa ke 182 dari 227 destinasi perjalanan di seluruh dunia. -Gambar Mohd Sahar Misni/The Star

Berdasarkan data sejarah dikongsi Henley, ranking tertinggi pernah dicapai pasport Malaysia ialah tangga ke-8 pada 2014.

Sementara itu menurut Indeks Pasport Henley 2024, Singapura masih mengekalkan kedudukannya di tangga pertama dalam ranking pasport paling berkuasa di dunia.

Bagaimanapun untuk tahun ini, Singapura berkongsi ranking tersebut bersama Perancis, Jerman, Itali, Jepun dan Sepanyol, yang mana pasport masing-masing boleh digunakan untuk ke 194 daripada 227 destinasi pelancongan tanpa visa.

Afghanistan kekal berada di tempat terbawah indeks itu, sejak 2019, dengan hanya diberikan akses ke 28 destinasi. Syria, Iraq, Pakistan dan Yaman berada di kedudukan lima terbawah.

Indeks Pasport Henley disenaraikan berdasarkan data eksklusif daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Ia menyenaraikan sebanyak 199 pasport dunia dan dianggap sebagai rujukan standard dalam menilai kedudukan pasport dari segi mobiliti global.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain