suria

Tengok gambar susah nak percaya, tapi tak sangka berhasil! Kurang 30 minit kuali hitam jadi berkilat macam baru beli

Dalam masa singkat, kuali lama akan kembali bersinar seperti baharu.

KUALI yang hitam dan berkarat bukanlah satu keadaan yang pelik.

Sebaliknya, ia menjadi bukti bahawa kuali itu banyak berjasa kepada 'perut' tuannya.

Di laman Facebook, seorang wanita dikenali sebagai Amy Rosina berkongsi petua mudah untuk memberi nafas baharu kepada kuali lama di dapurnya.

Dalam nada berseloroh, wanita itu berkata dia baru mengetahui tentang teknik berkenaan selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.

"Alhamdulillah... Ya Allah syukur setelah 10 tahun jadi isteri baru jumpa cara terbaik cuci kerak-kerak kuali periuk yang seusia perkahwinan.

Kerak hitam mudah untuk ditanggalkan selepas kuali dilumur dengan kapur dan direndam di dalam air.

Kerak hitam mudah untuk ditanggalkan selepas kuali dilumur dengan kapur dan direndam di dalam air.

"Tak perlu susah payah sental bagai nak putus urat lengan sampai luka jari-jari. Tak sampai 30 minit kerak 10 tahun hilang.

"Jom saya kongsi untuk suri semua, sama-sama kita bahagia. Hangpa cuma perlu kapur makan. Kapur yang makan dengan sirih tu," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Misi pemuda mahu cuci kerak hitam pada kuali berjaya, cuma guna 3 bahan terus bersinar macam baharu!

Menerusi perkongsian itu, Amy dilihat menyapu bahagian 'bontot' kuali yang hitam dengan kapur makan.

Kuali yang dilumur kapur itu kemudiannya direndam di dalam air. Semakin lama direndam, semakin mudah untuk kita tanggalkan kotoran pada kuali.

Selepas direndam, anda boleh mula mengikis kerak hitam yang mula lembut dengan menggunakan pisau.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Tun Daim meninggal dunia