suria

Wanita ajar cara simpan durian tahan sampai setahun! Boleh makan ‘anytime’, tak payah tunggu musim

Membalut durian dengan plastik sebelum disejukbeku boleh menjadikan ia tahan lebih lama.

SETIAP kali tiba musim durian, raja buah ini pasti dicari oleh peminat-peminatnya.

Jadi tidak hairanlah ada yang sanggup memborong sebanyak mungkin durian apabila tiba musimnya, maklumlah dah lama 'mengidam' (craving).

Namun, durian jika dimakan dalam kuantiti yang banyak boleh mengakibatkan paras gula dalam darah meningkat dan mungkin menimbulkan kesan negatif pada tubuh.

Jangan risau fikirkan perkara ini kerana terdapat empat langkah mudah boleh dilakukan supaya isi durian tidak rosak walau disimpan lama.

Petua tersebut dikongsikan oleh Nor Tipah Zakaria di Facebook dengan menunjukkan cara-cara menyimpan durian agar tahan lama.

Tipah menunjukkan cara membungkus isi durian sebelum disejukbeku.

Cara simpan durian supaya tahan lebih lama:

1. Sediakan plastik wrap (bungkus) dan bekas plastik.

2. Buka durian dan ambil satu pangsa isinya lalu bungkus atau balut dengan kemas menggunakan plastik.

3. Letak isi durian yang telah dibalut dalam bekas plastik dan tutup dengan kemas.

4. Simpan di dalam peti sejuk beku (freezer atau chiller).

Isi durian dibalut dengan plastik sebelum disimpan.

Tujuan dibalut adalah untuk menjaga kualiti isi durian dari segi rasa dan teksturnya malah dikatakan mampu bertahan sehingga tempoh satu tahun lamanya.

Hanya keluarkan dari peti sejuk dan nyahbeku isi durian dalam bungkusan dibuat sebelum dinikmati.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube