suria

Mimpi ngeri jika kereta tiba-tiba ‘overheat’ tengah jalan... Elak sebelum terkena, ketahui 12 punca suhu kenderaan meningkat

Periksa perkara-perkara ini untuk elakkan kenderaan 'overheat'. (Gambar hiasan, Freepik)

KETIBAAN Ramadan sering dimanfaatkan orang ramai untuk pulang ke desa bagi meraikannya bersama dengan orang tersayang.

Namun begitu, di sebalik keriangan untuk berada di kampung halaman, ada beberapa aspek yang perlu diberikan perhatian agar segalanya berjalan lancar.

Antaranya ialah berkenaan penyelenggaraan kereta anda.

rosak 2

Enjin 'overheat' sering menjadi punca utama kerosakan kereta di lebuh raya. (Gambar hiasan, Freepik)

Pastinya terbantut dan rosak suasana perjalanan jika kereta anda tiba-tiba meragam hingga akhirnya tersadai di tepi lebuh raya.

Kebiasaannya permasalahan yang kerap menimpa sesebuah kereta itu adalah enjin menjadi terlalu panas atau overheat, suhu melebihi paras normal iaitu lebih dari 70 hingga 80 darjah Celcius.

Perkara pertama yang harus dilakukan apabila melihat lampu suhu panas menyala adalah untuk terus memberhentikan kenderaan.

Hubungi talian bantuan pengurusan lebuh raya yang dilalui anda dan tunggu petugas mereka tiba di lokasi kejadian.

Enjin 'overheat' boleh dicegah dengan melakukan pemeriksaan terhadap perkara-perkara ini sebelum memulakan pemanduan. (Gambar hiasan, Freepik)

Persoalannya sekarang adalah apakah faktor yang menyebabkan enjin anda menjadi terlalu panas?

Berikut adalah antara beberapa penyumbang kepada enjin overheat yang boleh diperiksa terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan.

1) Kurang atau tiada langsung air di dalam radiator

2) Motor kipas rosak atau bermasalah

3) Kipas penyejuk radiator rosak dan tidak berfungsi dengan baik

4) Masalah pendawaian, relay atau coolant temperature switch

5) Radiator bocor

6) Radiator tersumbat

Masalah pendawaian dalam enjin juga boleh menjadi penyebab kepada enjin 'overheat'. (Gambar hiasan, Freepik)

7) Hos getah penyambungan berkaitan sistem penyejukan pecah atau bocor

8) Masalah termostat

9) Drive belt kendur, rosak atau putus

10) Pam air bocor, rosak atau tidak berfungsi

11) Core plugs bocor

12) Laluan air atau coolant di dalamnya tersumbat

rosak 3

Jangan terus menambah air ke dalam radiator, tunggunya sejuk dahulu. (Gambar hiasan, Freepik)

Jika anda mengesyaki salah satu dari perkara di atas bermasalah pada kenderaan, anda boleh menghantar kereta kepada mekanik bertauliah untuk pemeriksaan lanjut.

Sebagai peringatan, apabila enjin menjadi terlalu panas, anda harus biarkan ia sejuk terlebih dahulu.

Ingat, jangan sesekali membuka penutup coolant radiator ketika ia masih panas. Tunggu sahaja dahulu dan jangan buat apa-apa. Kalau ada asap putih keluar biarkan ia benar-benar hilang dahulu.

Satu perkara lagi yang ramai orang lakukan ialah menambah air dengan segera di dalam radiator untuk meredakan kepanasan. Usah berbuat demikian kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan. - Goodyear Auto Services

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain