suria

Mandi malam punca paru-paru berair? Doktor beri 6 mitos dalam perubatan, selama ini ramai sangka fakta

Terdapat beberapa mitos dikongsikan Dr Samhan yang dipercayai sejak turun temurun.

MITOS atau fakta?

Kadang-kadang memang sulit untuk membezakan antara dua perkara ini.

Apatah lagi sekiranya ‘kepercayaan’ ini sudah diterapkan dalam diri kita sepanjang hidup sedangkan kenyataan itu tidak betul.

Mitos-mitos ini secara umumnya kelihatan benar disebabkan ia telah didengari berulang kali sejak kecil lagi daripada orang tua kita.

Terdapat mitos kesihatan popular yang dipercayai oleh anda selama ini.

Tetapi, terdapat beberapa mitos kesihatan popular dikongsikan oleh Dr Samhan bagi menjawab kesalahan fakta yang anda percaya selama ini.

1. Makan nanas tidak mengakibatkan keguguran dan mampu melancarkan haid

Kicap dipercayai boleh menyebabkan parut menjadi hitam.

2. Kicap mengandungi garam tinggi tetapi ia tidak menyebabkan parut hitam.

3. Mandi malam tidak akibatkan paru-paru berair tetapi memberikan tidur yang lebih nyenyak.

Sup ketam dikatakan boleh merawat penyakit denggi.

4. Ketam berkhasiat dan kaya dengan kandungan protein, tapi bukan rawatan untuk penyakit denggi.

5. Timun baik untuk hidrasi tubuh. Makan timun tidak akibatkan masalah keputihan (bagi golongan wanita).

553 (9)

Makan telur dipercayai menjadi punca luka bernanah.

6. Telur sumber protein yang baik tetapi pengambilan telur tidak menjadikan luka bernanah.

Maka, dengan penjelasan dibuat oleh ‘doktor viral’ ini sedikit sebanyak mampu merungkai segala persoalan anda selama ini berkaitan kesihatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain