suria

Leher baju nampak buruk? Cuba 5 langkah mudah ini ‘repair’ bahagian kolar yang kembang, meregang

Terdapat kaedah yang boleh dicuba untuk menghilangkan masalah leher baju mengembang.

SEKIRANYA anda memakai t-shirt berulang kali, bahagian leher akan mudah mengembang dan meregang.

Kebiasaannya masalah ini terjadi terhadap pakaian daripada material atau fabrik kapas.

Lebih menjengkelkan apabila baju tersebut baru sahaja dipakai beberapa kali, tetapi bahagian kolarnya sudah rosak dan mengembang, nampak seperti t-shirt lama.

Jika mahu dibuang, terasa sayang pula kerana bahagian lain nampak elok dan ia sebenarnya masih boleh dipakai.

Pakaian daripada fabrik kapas mudah berkedut.

Maka jangan terus campak t-shirt anda itu ke dalam tong sampah kerana ia boleh ‘diselamatkan’, jika bukan 100 peratus ke ke bentuk yang asal sekali pun, setidak-tidaknya menjadi lebih baik.

Terdapat cara mudah untuk anda memperbaiki bahagian tersebut seperti mana dikongsikan oleh pakar perkhidmatan dobi popular, Nexcy yang muncul di rancangan Jepun, ZIP.

Bahan untuk memperbaiki leher t-shirt kembang:

1. Satu mangkuk kiub ais diisi ke dalam air sejuk

2. Seterika

3. Meja atau permukaan rata untuk meletakkan t-shirt

Ikuti 5 langkah mudah bagi mendapatkan kesan yang efektif melalui cara ini:

1. Lipat leher t-shirt seperti bentuk ‘kipas’ dan rendamkan bahagian ini ke dalam mangkuk yang berisi kiub ais.

Bahagian leher baju dilipat berbentuk kipas.

2. Perahkan airnya dan pastikan bahagian ini masih dalam bentuk lipatan kipas.

3. Letakkan t-shirt di atas permukaan yang rata. Kemudian bahagian leher ditekan dan digosok dengan jari secara menegak (sejajar dengan panjang baju).

4. Seterika bahagian leher t-shirt menghala ke arah atas. Pastikan t-shirt tidak kering sepenuhnya kerana ia perlu diseterika dalam keadaan lembab.

5. Kemudian letakkan t-shirt pada permukaan rata sehingga kering.

6. Sekiranya dilakukan dengan betul, bahagian leher t-shirt yang kembang akan dapat diperbaiki atau tidak mustahil kembali ke bentuk asal.

Gosok leher baju yang telah direndam dalam mangkuk ais.

Selain pemakaian yang kerap dan berulang-ulang, masalah kolar t-shirt kembang juga boleh terjadi disebabkan cara anda mengeringkannya.

Contohnya, apabila anda menggantung t-shirt yang basah atau lembab dengan penyangkut baju, bahagian bawah t-shirt yang basah akan membuatkan leher atau kolar meregang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain