suria

Berat nak bawa kamera DSLR ke mana-mana? Jangan risau, Samsung Galaxy S23 penyelesaian yang anda cari!

APABILA bercakap mengenai telefon pintar, pastinya kita mahukan sebuah peranti yang menjanjikan hasil gambar dan video cantik dan memuaskan hati.

Apatah lagi generasi masa kini yang sangat mementingkan kualiti imej dan visual supaya kelihatan lebih menarik dan jelas untuk dikongsikan di media sosial.

Jika itulah yang dicari, Samsung Galaxy S23 Ultra merupakan pilihan tepat untuk anda!

Bagi pempengaruh (influencer) dan juga pencipta kandungan (content creator), peranti ini pasti memudahkan kerja anda.

combo_infovisuals_feature_design_1080x1080_230119

Samsung Malaysia memberi inspirasi kepada dunia dan membentuk masa depan dengan idea dan teknologi transformatif.

Jom semak beberapa perkara menarik mengenai telefon pintar terbaharu ini:

1. Kamera 200MP

Menyediakan megapiksel (MP) terbesar iaitu 200MP dan kawalan kreatif yang meluas, kamera utama ini mengoptimumkan foto dan video dalam pelbagai keadaan persekitaran.

Dengan Adaptive Pixel sensor baharu yang menyokong pelbagai peringkat pemprosesan resolusi tinggi, anda boleh menangkap gambar terbaik.

Memandangkan kamera swafoto lebih menjadi keutamaan tentang cara kita berkomunikasi pada hari ini, siri Galaxy S23 memperkenalkan autofokus pantas dan kamera swafoto Super HDR (high dynamic range).

Fungsi kamera tersebut melonjak daripada 30fps (frames per second) kepada 60fps, untuk mendapatkan imej dan video 'front-facing' yang lebih baik.

Lebih menarik apabila fungsinya bergantung pada keperluan dan keadaan apabila anda boleh memilih gambar beresolusi 12MP, 50MP atau 200MP.

dm3_infovisuals_feature_camera_1080x1080_230126

Ciri Nightography berfungsi untuk menukar foto dalam keadaan cahaya malap dan kabur menjadi sesuatu yang lebih jelas.

2. Fungsi Nightography

Kini lebih mudah bagi jurugambar daripada mana-mana peringkat untuk membuat kandungan (content) yang luar biasa kerana mereka mempunyai kebebasan untuk meneroka kreativiti seperti merakam video Nightography yang benar-benar sinematik tidak kira siang atau malam.

Ciri Nightography berfungsi untuk menukar foto dalam keadaan cahaya malap dan kabur menjadi sesuatu yang lebih jelas.

Sama ada anda merakam konsert, swafoto di akuarium atau mengambil gambar rakan secara berkumpulan semasa makan malam, anda boleh mendapatkan imej dan video yang lebih berkualiti.

Kamera menghadap hadapan 12MP yang dipertingkatkan dengan Dual Pixel Auto Focus merakam momen pada waktu malam yang jelas dengan kurang hingar (noise), serta kesan bokeh lebih 'hidup' pada waktu malam.

galaxy s23 ultra kv_2p_rgb_layer_221125(comprssed)

Kamera yang disediakan boleh menangkap video yang lebih sinematik dengan video 8K dipertingkatkan pada sudut lebih luas.

3. OIS (optical image stabilizer) digandakan

Dengan dua kali ganda toleransi OIS kepada 3 darjah, peranti ini boleh mengendalikan lebih banyak gegaran berbanding siri sebelumnya.

Jadi, walaupun dalam keadaan cahaya malap atau dalam situasi yang biasanya menghasilkan kabur, video anda pastinya menjadi lebih stabil.

Berbeza dengan Samsung Galaxy sebelum ini, kamera yang disediakan boleh menangkap video yang lebih sinematik dengan video 8K dipertingkatkan pada sudut lebih luas.

Malah, terdapat juga fungsi aplikasi Expert RAW untuk penangkapan dan penyuntingan imej gaya DSLR untuk kawalan dan penyesuaian kreatif.

Maka, ucapkan selamat tinggal kepada peranti kamera bersaiz besar dan berat dengan adanya Samsung Galaxy S23 Ultra kerana kualiti gambar studio profesional yang lebih mudah dibawa.

dm1&2_infovisuals_feature_comparison_1080x1080_230119

Samsung Galaxy S23 Ultra didatangi dengan dua size berbeza.

Ciri Rakaman Audio 360 baharu menangkap bunyi 360 darjah menggunakan mikrofon dalam setiap fon telinga.

Justeru memadankan Galaxy Buds2 Pro dengan telefon pintar Galaxy, sesiapa sahaja boleh membuat penggambaran seperti seorang profesional dan menangkap audio realistik berkualiti tinggi untuk video, pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Keupayaan zoom baharu pada aplikasi Galaxy Watch5 series’ Camera Controller memudahkan untuk menangkap gambar sempurna terus dari pergelangan tangan anda.

Samsung Malaysia memberi inspirasi kepada dunia dan membentuk masa depan dengan idea dan teknologi transformatif yang memberi orang ramai kuasa untuk menemui pengalaman baharu.

Dengan tumpuan berterusan pada inovasi dan penemuan baharu, Samsung terus mentakrifkan semula dunia TV, telefon pintar, peranti boleh pakai, tablet, peralatan digital, sistem rangkaian dan memori, sistem LSI, penyelesaian faundri dan LED.

Samsung komited untuk meningkatkan komuniti global dan menyampaikan inovasi terkini yang meningkatkan kehidupan seharian orang ramai.

Untuk keterangan lanjut mengenai Samsung Galaxy S23 Ultra, layari laman rasmi www.samsung.com.my.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain