suria

Mula-mula baik, kemudian bergusti! Pemilik jangan keliru, ketahui beza antara kucing bermain, bergaduh

Kajian dilakukan bagi menentukan tingkah laku kucing sama ada bergaduh atau bergurau.

SEBAGAI pemilik kucing, pasti timbul rasa bimbang apabila melihat si bulus dan rakannya yang pada mulanya bergurau, lama kelamaan menjadi semakin 'ganas'.

Ya, memang ada kucing yang suka bermain secara kasar dengan kucing lain tetapi tidak bermakna mereka bergaduh.

Namun awas, ada juga kucing yang sifat semulajadinya terlebih agresif.

Kucing suka bermain kasar sesama sendiri.

Satu kajian telah dibuat tentang cara bermain serta pergaduhan yang berlaku antara kucing dan diterbitkan dalam Scientifi Reports.

Matlamat kajian bagi membolehkan sesiapa sahaja mengenal pasti tingkah laku kucing, mengenai cara mereka bermain dan apa yang mungkin membawa kepada pergaduhan.

Perkara ini penting kerana jika benar berlaku pergaduhan, pemilik perlu memisahkan kucing-kucing peliharaan mereka yang 'tidak sekepala' bagi mengelakkan berlakunya kecederaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Si Oyen tiba-tiba tiada ‘mood’, monyok bawah sofa... Pemilik kena ambil tahu 5 sebab kucing jadi pendiam

Dalam kajian itu yang diketuai oleh Noema Gajdoš-Kmecová dari Universiti Perubatan Veterinar dan Farmasi di Slovakia dan Universiti Lincoln, United Kingdom, mereka menganalisis 105 video interaksi antara 210 ekor kucing.

Hasil kajian mengenai tingkah laku kucing ini dibahagikan kepada enam kategori:

1. Tidak aktif: Kepala dan badan tidak bergerak serta berada dalam kedudukan tertentu, contohnya membongkok.

2. Gusti: Kucing bersentuhan fizikal dengan pergerakan seolah-olah sedang bergusti.

3. Berkejaran: Seekor kucing berlari mengejar atau kucing lain melarikan diri.

Why+do+cats+fight_

Terdapat perbezaan antara bermain kasar dan agresif

4. Aktiviti interaktif lain: Contohnya dandanan, mendekati, mengusap bulu di belakang

5. Tidak interaktif: Aktiviti yang ditujukan kepada diri mereka sendiri atau objek tidak bernyawa, Contohnya minum dan menjilat diri.

6. Vokalisasi: Contohnya bunyi marah atau growling, berdesis dan mengiau.

Jika kucing anda bergusti, kemungkinan besar mereka sebenarnya sedang bermain.

Apabila terdapat geseran sesama kucing yang banyak, mereka cenderung untuk mengelakkan sentuhan fizikal.

Sebaliknya, mereka akan menggunakan gerakan menyerang atau pertahanan seperti menampar.

petmd-cat-fighting

Bunyi marah menunjukkan interaksi agresif, bukannya suka bermain.

Jika kucing anda bersuara (vokalisasi), dan berkejar kejaran dalam tempoh tidak aktif (seperti membongkok), mereka berkemungkinan besar bergaduh.

Vokalisasi adalah petanda menunjukkan interaksi agresif, bukannya suka bermain.

Kejar mengejar adalah perkara biasa jika mereka bersama, tetapi jika seekor kucing mengejar manakala seekor kucing lagi melarikan diri, itu bukanlah satu petanda baik.

Jika kucing anda benar-benar 'besties' (tidur dalam hubungan rapat dan berkongsi makanan, mainan) bergusti atau menggunakan vokalisasi sekali-sekala tiada apa yang perlu dibimbangkan.

Kucing mungkin haiwan bersaiz kecil, tetapi boleh menyebabkan banyak kerosakan dan kecederaan jika bergaduh.

Sesetengah luka kelihatan jelas, manakala yang lain mungkin tidak disedari, tersembunyi di bawah bulu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain