suria

Hidup berteman figura permainan, sanggup berhabis demi minat... Ini 9 watak paling popular di Malaysia

Afiq Murad menunjukkan koleksi One Piece.

HOBI mengumpul koleksi figura mahupun aksesori yang diangkat daripada watak siri animasi atau anime semakin menjadi kegilaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sama ada kerana minat atau sekadar mengisi masa lapang, mereka sanggup berbelanja besar sehingga mencecah ribuan ringgit.

Lokasi 'collector market' pastinya sasaran mereka terutama pada hujung minggu bagi mendapatkan pelbagai jenis item yang terkini, edisi terhad dan sukar ditemui.

Mereka juga sentiasa mengikuti para peniaga yang menjual koleksi tersebut menerusi FB atau TikTok Live, jika bernasib baik berpeluang membelinya pada harga lebih murah.

Malah, ada antara pengumpul ini sanggup mendapatkan koleksi yang diidamkan daripada peniaga dari Jepun dan Amerika Syarikat (AS). Wow! Hebat betul penangan koleksi ini.

Seperti barang berharga, koleksi yang dibeli disimpan dan disusun dengan teratur ibarat sebuah galeri demi kepuasan sendiri.

Jom ikuti antara koleksi figura yang paling menjadi perhatian rakyat Malaysia:

koleksi anime one piece 2

Koleksi One Piece.

1. One Piece

Siri manga popular dari Jepun ini ialah karya Eiichiro Oda yang diterbitkan pada 1997. Istilah One Piece yang merujuk pada harta karun terbesar yang diburu para bajak laut.

Antara koleksi paling popular One Piece adalah Tony Tony Chopper, watak fiksyen sebagai doktor Straw Hat Pirates. Chopper sering dipaparkan sebagai barangan rasmi, sekali gus menjadi maskot bagi siri ini.

Pengumpul koleksi: Facebook Afiq Murad

Mula kumpul: Sejak 2019

koleksi anime dragon ball 2

Koleksi Dragon Ball.

2. Dragon Ball

Dragon Ball merupakan salah satu siri anime dari Jepun yang mula menemui penonton sekitar 1984.

Diciptakan oleh Akira Toriyama, siri ini mengisahkan pengembaraan Son Goku bersama rakan-rakannya untuk mengumpul Mutiara Naga bagi tujuan memohon hajat. Pada masa sama, dia turut berlatih dalam seni mempertahankan diri.

koleksi anime dragon ball 1

Koleksi figura Dragon Ball disusun dengan kemas.

Pengumpul koleksi: Facebook Zack dari Double E Toyz Hunters

Mula kumpul: 2020

koleksi anime naruto 2

Koleksi Naruto.

3. Naruto

Naruto merupakan siri manga dari Jepun yang dihasilkan oleh Masashi Kishimoto. Ia mengisahkan Naruto Uzumaki, seorang ninja muda yang mencari pengiktirafan daripada rakan sebayanya dan mengimpikan untuk menjadi Hokage, ketua di kampungnya.

Siri manga ini membuat kemunculan sulungnya pada 1999 dan diterbitkan oleh Shueisha.

Siri kehidupan Naruto sudah berterusan sejak tahun 1999 sehingga sekarang sudah menjadi hokage dan ke siri anaknya bernama Baruto.

koleksi anime naruto 1

Pengumpul menunjukkan salah satu koleksi Naruto.

Pengumpul koleksi: Instagram Khai_kakashi

Mula kumpul: 2004

koleksi anime kamen rider

Azrul menunjukkan koleksi Kamen Rider.

4. Kamen Rider

Adiwira Kamen Rider merupakan siri televisyen Jepun yang popular dan dicipta oleh Shotaro Ishinomori. Juga dikenali sebagai Masjed Riderm Kamen Rider, ia pertama kali ditayangkan pada 1971.

Peralihan kamen Rider berterusan daripada zaman showa, heisei dan sekarang reiwa. 'Rider kick' selalu menjadi ikon tarikan Kamen Rider.

Pengumpul koleksi: Azrul Hafiz Azman / TikTok KamenSlasherzOfficial

Mula kumpul: 2002

koleksi anime power rangers 1

Pengumpul menunjukkan koleksi Power Rangers.

5. Power Rangers

Power Rangers ialah siri program televisyen kanak-kanak Amerika yang diadaptasi daripada siri Jepun, Super Sentai. Seorang Power Ranger ialah individu yang bertukar daripada keadaan biasa kepada hero berkuasa tinggi dengan kostum berwarna.

Kebiasannya, mereka terdiri daripada lima anggota.

koleksi anime power rangers 2

Sebahagian koleksi Power Rangers yang dikumpul sejak 2020.

Pengumpul koleksi: Facebook Wil Son Wong

Mula kumpul: 2020

6. Ultraman

Ultraman adalah susulan kepada siri televisyen Ultra Q. Rancangan itu diterbitkan oleh Tsuburaya Producstions pada 1966. Ultraman merupakan watak fiksyen, iaitu adiwira gergasi yang bertarung dengan raksasa.

koleksi anime ultraman

Pengumpul menunjukkan sebahagian koleksi Ultraman.

Pengumpul koleksi: Facebook Farith Izwan II

Mula kumpul: 2019

koleksi anime digimon 1

Pengumpul menunjukkan koleksi Digimon.

7. Digimon

Digimon merupakan singkatan kepada 'Digital Monster'. Siri francais media Jepun ini turut meliputi permainan video, anime, manga, mainan dan permainan kad.

Francais yang dicipta pada 1997 sebagai satu siri haiwan peliharaan maya.

koleksi anime digimon 2

Antara koleksi figura Digimon.

Konsep Digimon berdasarkan kanak-kanak terpilih yang bergabung tenaga bersama Digimon pilihan dalam Menyelamatkan dunia.

Pengumpul koleksi: Facebook DenDan Play

Mula kumpul: 2014

koleksi anime Tensei Shitara 1

Pengumpul bersama koleksi Tensei Shitara Slime Datta Ken.

8. Tensei Shitara Slime Datta Ken

Tensei Shitara Slime Datta Ken merupakan siri novel ringan yang ditulis oleh Fuse dan diilustrasikan oleh Mitz Vah.

Siri dalam talian di laman web penerbitan novel ini dihasilkan oleh Shosetsuka ni Naro.

koleksi anime Tensei Shitara 2

Koleksi figura Tensei Shitara Slime Datta Ken.

Ia mengisahkan seekor watak bendalir (slime) yang berkuasa dan boleh berubah kepada manusia, mampu mengubah dan mencipta keharmonian berbagai bangsa.

Pengumpul koleksi: Facebook Salman Idris

Mula kumpul: 2021

koleksi anime Demon Slayer 2

Koleksi Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba.

9. Demon Slayer: Kimetsu No Yaib

Siri manga Jepun ini yang ditulis dan diilustrasikan oleh Koyoharu Gotouge.

Ia mula diterbitkan pada 2016. Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba diterbitkan dalam bahasa Inggeris oleh Viz Media, dan pada masa sama diterbitkan oleh Shueisha menerusi platform Manga Plus mereka.

koleksi anime Demon Slayer 1

Si cilik menunjukkan koleksi figura anime.

Ia menceritakan tentang perjalanan hidup seorang budak lelaki bernama Tanjiro dan adiknya Nezuko dalam membanteras pembunuh-pembunuh keluarganya yang diketuai oleh watak antagonis Muzan.

Pengumpul koleksi: Facebook Ezre Shahar

Mula kumpul: April 2022

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain