suria

Ramai cuba berkebun ketika pandemik tapi tanaman mati... Ketahui 5 puncanya!

Tanaman yang mati boleh berpunca daripada beberapa sebab.

LEBIH banyak menghabiskan masa di rumah akibat pandemik membuatkan ramai daripada kita yang mencari hobi untuk mengisi masa lapang agar tidak berasa bosan dan salah satunya berkebun.

Tetapi menanam pokok bukan semudah disangka malah ramai yang berputus asa kerana tanaman mati begitu sahaja meskipun sudah dijaga dengan baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sahaja putihkan gigi anda, tapi ubat gigi boleh kilatkan 5 benda ini!

Sebenarnya terdapat beberapa sebab yang membuatkan tanaman mudah mati. Berikut adalah lima alasan utama yang perlu diberikan perhatian.

1. Terlalu banyak air

Tabiat kerap menyiram air pada tanaman adalah kesalahan biasa dilakukan kerana ramai menyangka ia adalah elemen paling penting bagi memastikan ia tumbuh dengan cepat.

Sebenarnya, sesuatu tanaman akan menunjukkan tanda-tanda ia memerlukan air seperti daunnya menguning atau layu. Jangan siram pokok dengan air yang banyak beberapa kali sehari.

2. Sistem saliran

Menyiram pokok dan sistem saliran sangat penting dan sekiranya tanaman yang ditanam dalam pasu tidak mempunyai lubang untuk air mengalir ia boleh menyebabkan pokok menyerap air secara berlebihan.

Bagi memastikan sistem saliran pasu berada dalam keadaan baik, periksa bahagian bawah pasu selepas menyiram pokok, sekiranya terdaapt air mengalir keluar, itu bermaksud pasu berfungsi dengan baik.

Jika sebaliknya yang berlaku, itu bermaksud pasu tersumbat atau akar pokok telah melindungi bahagian lubang pasu bagi membolehkan air mengalir keluar.

3. Pasu mainkan peranan

Kematian tanaman anda juga boleh disebabkan oleh tanaman tidak dipindahkan ke dalam pasu yang lebih besar sesuai dengan tumbesarannya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Jika tidak berbuat demikian, akar tanaman boleh berselirat dan tidak dapat menerima nutrisi yang cukup daripada tanah. Bagi mengelakkan perkara itu berlaku, pindahkan tanaman anda dalam pasu lebih besar.

4. Tidak cukup air

Tidak cukup air juga boleh menjadi penyebab tanaman anda tidak dapat hidup. Jadi pastikan tanaman di siram secara berkala agar ia dapat membesar dengan sihat.

5. Kurang atau terlebih baja

Kekurangan atau terlebih baja boleh menyebabkan tanaman mati. Jika kurang, tanaman boleh jadi terbantut dan akhirnya mati.

Apabila terlebih, tanaman juga boleh bermasalah seperti daun menjadi kuning, layu. Seperti mana menyiramnya dengan air, baja juga perlu diberi secara berkala dan mengikut kesesuaian tanaman.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain