suria

Menghilangkan diri, sembunyi antara 6 tanda si bulus akan ‘pergi’

Kucing biasanya akan menghilangkan diri atau menyorok di tempat gelap sebelum ia mati.

TANPA disedari, semua haiwan akan menunjukkan beberapa tanda bahawa ia sedang menghampiri kematian termasuklah kucing.

Kebiasaannya, sebelum kucing mati, ia akan menghilangkan diri daripada rumah dan ramai percaya ia berbuat demikian kerana tidak mahu orang kesayangannya berasa sedih dan meratapi kematiannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan kerana terpesona, ada sebab lain kenapa si bulus tatap wajah tuannya

Bagaimanapun, terdapat beberapa tanda yang ditunjukkan si bulus pada akhir hayatnya termasuklah;

1. Sikap

Perubahan sikap kucing yang sakit boleh dilihat secara jelas seperti tidak suka diganggu atau akan melarikan diri ketika tuan ingin membelainya.

Ia mungkin disebabkan kesakitan yang ditanggung dan ia tidak mahu disentuh.

2. Bersembunyi

Kucing mempunyai kemampuan untuk mengetahui bahawa ia akan mati. Kucing yang sakit seringkali akan mencari tempat yang selesa untuknya namun jauh daripada pemiliknya.

Jika ia tidak dapat melarikan diri, ia akan menjadi resah dan akan mencari tempat sejuk dan gelap seperti dibawah katil atau belakang almari untuk bersembunyi.

Ia bukan sahaja bersembunyi tetapi tidak mahu makan atau minum. Ia juga dikatakan tidak mahu tuannya melihat ia mati.

3. Selera makan

Kucing yang sedang tenat tidak mempunyai selera untuk makan. Bagi pemilik kucing, perkara ini penting untuk diperhatian kerana ia boleh menjadi petanda kematian menghampirinya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sekiranya selera makannya masih teruk, sebaik-baiknya bawa ia berjumpa doktor haiwan untuk memastikan ia tidak mendatangkan masalah lain.

4. Kekejangan

Salah satu tanda yang ditunjukkan kucing adalah kekejangan - saat ia terjadi kucing akan mengiau atau menundukkan kepalanya ke belakang dan membuatkan punggungnya melengkung selain ia dilihat dalam keadaan tidak selesa.

Seekor kucing biasanya akan mengalami satu atau dua kekejangan sebelum kematiannya. Bagi serangan kekejangan yang teruk, kucing biasanya tidak akan memberi respons atau cuba untuk bergerak.

5. Pernafasan

Nafas kucing biasanya akan berubah ketika ia sakit tenat. Ada di antara mereka yang termengah-mengah beberapa jam sebelum ia meninggal dunia.

Pada tahap ini, ia akan menjelirkan lidahnya selain nafasnya berbunyi kuat sebelum mati.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain