suria

Nasib terbela... Kini haiwan di Zoo Negara dapat bekalan air bersih!

Waterco akan memulakan projek Zoo Negara Water Environment dengan kurungan Harimau Malaya.

UMUM mengetahui sejak bertahun-tahun lamanyama, Zoo Negara mengalami masalah tidak mampu memperbaiki dan meningkatkan kualiti tempat tinggal haiwan yang ditempat di situ.

Ia berpunca daripada keperluan dana untuk kerja baik pulih dan keadaan itu semakin membimbangkan akibat pandemik Covid-19 yang memaksa pihak Zoo Negara menutup pintu kepada pengunjung.

ARTIKEL BERKAITAN: PKP: Penutupan sementara Zoo Negara, tabung kecemasan mampu bertahan 3 bulan sahaja

Meskipun pihak zoo tidak berputus asa untuk memperbaiki struktur keseluruhannya selain kembali membuka pintu kepada pengunjung bagi menjana pendapatan, ia tetap sukar menampung perbelanjaan yang tinggi.

Sebahagian besar wang yang diperolehi digunakan membiayai kos makanan haiwan dan kos tanggungan untuk mengekalkan persekitaran air yang sihat.

Bagi mengurangkan beban pihak pengurusan Zoo Negara, pihak Waterco (Far East) Sdn Bhd bertekad menyediakan persekitaran air yang bersih dan selamat untuk penghuni zoo pada kos yang mampan.



Kualiti air di Zoo Negara akan lebih bersih dan selamat untuk haiwan selepas ini.

Pengurus Pembangunan Perniagaan Serantau Waterco, Koo Zao Cheong berkata, pihaknya komited untuk membantu dan menyokong Zoo Negara secara berterusan bukan sahaja menyediakan air bersih tetapi memperbaiki kualiti penjagaan air di situ.

"Pada hari ini, masih wujudnya kediaman yang tidak mempunyai kemudahan untuk memiliki bekalan air bersih dan ia merupakan satu masalah negara yang amat memerlukan penyelesaian. Apatah lagi untuk sahabat haiwan kita dimana setiap jenis haiwan mempunyai keperluan persekitaran air yang berbeza.

"Zoo Negara sememangnya sudah melakukan yang terbaik untuk memenuhi keperluan penghuni mereka dengan pembatasan yang sedia ada dan untuk meringankan beban mereka, kami di Waterco ingin menyumbangkan kepakaran kami dari segi penyediaan dan penjagaan air," katanya.

Sementara itu, Koo berkata, selepas melakukan kajian dan perbincangan yang teliti dengan Zoo Negara, Waterco akan memulakan projek Zoo Negara Water Environment dengan kurungan Harimau Malaya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Jelasnya, ia bukan sahaja kerana persekitaran Harimau Malaya amat memerlukan pemulihan, ia juga kerana Harimau Malaya merupakan lambang negara dan ia dijadikan titik permulaan yang terbaik untuk projek pemuliharaan air ini.



Pihak Waterco komited untuk membantu Zoo Negara.

“Setelah penelitian menyeluruh menggunakan sampel dan kurungan haiwan, kami telah mencapai keputusan mengenai jenis produk yang paling sesuai dan paling berkesan untuk penjagaan kualiti air khas buat Harimau Malaya.

"Kami telah memilih produk hijau yang berkesan sambil menjimatkan tenaga supaya kos penyelenggaraan secara keseluruhannya tidak akan meningkat. Kami yakin bahawa produk kami mampu meringankan beban Zoo Negara dalam kos penjagaan.

"Kami ingin memastikan bahawa usaha kami akan memberikan hasil yang terbaik untuk Harimau Malaya langsung memudahkan pengendalian dan penjagaan oleh Zoo Negara.” jelasnya.

Proses pemasangan penapis dan pembersihan air dalam kurungan Harimau Malaya memerlukan masa lebih kurang tiga bulan dan pemantauan yang berterusan untuk memastikan keberkesanan sistem penapisan tanpa menjejaskan persekitaran haiwan tersebut.

"Kami akan berusaha untuk melakukan kerja-kerja pembaikan secepat mungkin namun kami tidak akan terburu-buru kerana kami ingin menyampaikan hasil kerja yang terbaik untuk sahabat haiwan dan para penjaga mereka.

"Dengan kepakaran kami dalam bidang perairan, bertambah pula dengan nasihat para pakar di Zoo Negara, kami yakin projek ini dapat menghasilkan manfaat yang mampan untuk manfaat jangka masa panjang, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Tun Daim meninggal dunia