Mesra dipanggil Encik Google... ia ibarat teman baik, tapi ada 5 helah kalau nak cari info tepat!

Terdapat pelbagai maklumat di Google.

MEMBUAT carian di Google memang memudahkan pencarian maklumat bukan sahaja untuk tujuan kerja tetapi hobi mahupun mencari resepi terbaharu.

Malah menerusi Google juga dapat menghubungkan kita dengan dunia luar dengan pelbagai informasi yang hanya dihujung jari.

Bagaimanapun adakalanya carian yang dilakukan tidak menepati apa yang cuba kita cari malah ia boleh bertukar menjadi sesuatu mengelirukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Buka pintu dan hidupkan enjin! Wow ciri terbaharu iPhone mampu ganti kunci BMW

Sebenarnya terdapat beberapa helah boleh digunakan bagi memudahkan tujuan pencarian di Google seperti dikongsi oleh pengguna Twitter @rgilhamsyah;



Tanda minus.

1. Tanda Minus (-)

Bagi memudahkan pencarian, masukkan tanda minus untuk mengasingkan kunci perkataan yang anda cari

2. Tanda Pembuka dan Penutup Kata (“ “)

Guna pembuka dan penutup kata jika ingin mencari ayat yang sama tanpa mengubah struktur ayatnya.



Tanda Tilde.

3. Tanda Tilde (~)

Tanda ini boleh digunakan untuk mencari sinonim atau yang berkaitan dengan perkataan yang dicari.



Pencarian tempoh masa.

4. Pencarian Tempoh Masa (XX..XX)

Jika anda mencari maklumat dalam tempoh masa tertentu, tambahkan dua titik di antara angka yang ditulis.



Jenis Fail.

5. Jenis Fail

Jika ingin mencari artikel atau bahan dalam jenis fail tertentu, hanya taip jenisnya seperti Word, PDF atau Excel.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Carian, Google, Fail

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain