suria

Dulu malu nak buka mulut, sekarang bukan main rancak berceloteh! Suri rumah cakap loghat Pahang ‘pekat’ sambil memasak buat ramai terhibur

Lily Suryani mengetengahkan sajian kampung dalam resipi masakannya.

VIDEO-video wanita ini sememangnya menjadi antara 'content' masakan yang mencuri tumpuan warga maya ketika ini.

Bukan sahaja kerana resipi kampung yang disajikannya, tetapi disebabkan loghat Pahang 'pekat' yang dituturkan membuatkan para pengikutnya turut ralit dan seronok mendengar dia berceloteh.

Berkongsi cerita dengan mStar, Lily Suryani Mohd Ali berkata, dia pada mulanya hanya berjinak-jinak dalam bidang fotografi masakan kerana minat, sebelum akhirnya terjebak dalam bidang suntingan video.

"Saya pada mulanya sertai kelas fotografi menerusi Telegram.... ia lebih kepada fotografi masakan. Sebab saya dah sebati dalam bidang masakan kerana sebelum ini pernah ambil tender kantin sekolah dan berniaga di pasar malam.

"Selepas belajar fotografi, saya beralih pula kepada belajar video dekat Telegram juga. Dalam kelas tu, cikgu akan bagi task dan bermula dari situlah, saya jatuh minat untuk buat video masakan.

lily 3

Set periuk dari Aurasia yang menaja Lily Suryani (kiri) dan juga 'sample' dari TikTok (kanan) untuk tujuan promosi.

"Sejujurnya, memang langsung tak terlintas untuk berkecimpung jadi 'content creator'. Hanya suka-suka upload dekat media sosial sendiri.

"Tapi cikgu selalu pesan, kalau nak buat video walaupun dekat media sosial sendiri, biarlah cantik sebab ramai yang perhati. Setiap video task saya, cikgu akan pantau dari segi setting, pencahayaan dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: HOD syarikat swasta balik kampung, jadi CEO of Palatao di tanah belakang rumah mak! Tanam apa pun menjadi walau tiada ilmu pertanian

"Tak sangka pula ramai followers yang tertarik dengan video masakan saya," ujar suri rumah berusia 50 tahun ini.

Tambah Lily Suryani, minatnya untuk menghasilkan 'content' masakan semakin bercambah selepas ada beberapa jenama yang menaja bahan masakan, selain dapat menjana pendapatan menerusi TikTok Affiliate.

Bercerita pula mengenai loghat Pahang 'pekat' ketika berceloteh di dalam videonya, Lily Suryani berkata dia pada mulanya segan untuk berinteraksi namun perkara itu dicungkil oleh gurunya.

"Saya memang anak jati Pahang. Ibu dan ayah saya berasal dari Kuala Lipis. Kini saya menetap di Jerantut. Memang dah terbiasa cakap loghat Pahang.

"Kalau ikutkan, saya segan nak buat VO (voice over). Beberapa video pertama saya langsung tak ada VO, hanya caption dan deskripsi saja.

lily 4

Antara jenama yang berkolaborasi dengan Lily Suryani.

"Tapi cikgu suruh try. Nak dijadikan cerita, video pertama yang guna VO iaitu video resipi ikan bakar terus naik mencanak jumlah tontonannya. Mungkin 'rare' sikit sebab tak ramai content creator yang bertutur loghat Pahang.

"Yang lucunya, selepas itu ramai yang komen bertanya sama ada saya adalah isteri kepada 'Buruh Ladang' yang terkenal dengan tagline 'awak down ke?' sebab loghat kami sama.

"Saya dan Buruh Ladang hanya senegeri saja... tak ada pertalian darah," ujar ibu kepada empat cahaya mata ini sambil tertawa kecil.

Saya memang anak jati Pahang. Ibu dan ayah saya berasal dari Kuala Lipis. Kini saya menetap di Jerantut. Memang dah terbiasa cakap loghat Pahang.

LILY SURYANI MOHD ALI

Hampir sembilan bulan berkecimpung sebagai 'content creator' masakan, Lily Suryani berkata dia begitu terharu dan sama sekali tidak menyangka dengan sambutan yang diterimanya.

Mana tidaknya, dalam tempoh tersebut, wanita ini berjaya mengumpul lebih daripada 118,000 jumlah pengikut di TikTok.

Paling tidak disangka, dia turut menjadi pilihan beberapa jenama terkenal untuk berkolaborasi.

lily 2

Anak-anak adalah tulang belakang yang banyak menyokong Lily Suryani dalam bidang yang diceburinya kini.

"Tak terjangka saya dengan sambutan ramai. Saya sebetulnya suka-suka saja upload video resipi sebab masakan itu adalah yang saya masak hari-hari untuk keluarga.

"Alhamdulillah, buat masa inj ada beberapa jenama yang dah berkolaborasi dengan saya antaranya Hexa, santan M&S, Rencah Mudah dan terbaru Ajinomoto.

"Selain itu apa yang membuatkan saya bersemangat adalah sokongan anak-anak dan keluarga, guru, rakan-rakan dan juga followers.

"Saya nak ucapkan terima kasih kepada guru, Nur Dhunaa Ab Maleq yang banyak beri tunjuk ajar, semua followers dan juga warga maya yang menonton video dan beri komen-komen positif," ujarnya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain