suria

Orang paling kaya di dunia Bernard Arnault jual jet peribadi... Mahu kekal imej ‘low profile’

Bernard Arnault mahu kekal menjadi seorang bilionair yang tidak menonjol. -Foto Forbes

NAMA Bernard Arnault mungkin kurang dikenali, namun sebenarnya pemilik rangkaian barangan mewah terkemuka dunia, Moët Hennessy Louis Vuitton (LVMH) ini menjadi pesaing hebat bilionair lain.

Arnault pernah menjadi individu kelima menduduki tangga teratas dalam Indeks Kekayaan Bloomberg sejak diperkenalkan 2012.

Menariknya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi kumpulan jenama barangan mewah, LVMH, iaitu pemilik kepada beberapa jenama seperti Louis Vuitton, Givenchy dan Kenzo itu terus mencatatkan keuntungan yang kukuh walaupun menghadapi masalah ekonomi global.

Arnault sebaris dengan taikun Mexico, Carlos Slim; pengasas Microsoft, Bill Gates; pengasas Amazon, Jeff Bezos serta pemilik Tesla, Elon Musk.

Bisnes barangan mewah berjaya

Berdasarkan Forbes Real Time pada 27 Januari lalu, Arnault adalah orang terkaya di dunia dengan kekayaan mencapai $213.5 bilion (RM909.08 bilion).

Arnault yang kini berusia 74 tahun merupakan anak kelahiran Roubaix, utara Prancis.

Arnault (kanan) menjadi lelaki terkaya dunia mengalahkan Elon Musk (kiri).

Meskipun sangat sukses mengelola bisnes fesyen dengan jenama mewah terkenal dunia, dia sebenarnya tidak memiliki latar belakang dalam bidang fesyen.

Setelah menamatkan pengajian dari Lycée Maxence Van Der Meersch di Roubaix, Arnault melanjutkan pelajaran di Sekolah Kejuruteraan Elit di École Polytechnique di Palaiseau dan tamat pada 1971.

Selepas tamat pengajian, Arnault terus bekerja dalam perindustrian pembinaan sebelum berpindah ke Amerika Syarikat pada pada 1981 dan menceburi bidang hartanah.

Dia pertama kali menceburkan diri dalam bisnes rangkaian barangan mewah pada tahun 1984 apabila mengambil alih Boussac Saint-Freres, kumpulan tekstil muflis yang memiliki, Christian Dior.

Bernard Arnault dan isterinya, Helene (tengah), bersama Frédéric, Delphine, Antoine (kiri) dan Alexandre (kanan). -Foto Getty Images

Arnault membeli pegangan kawalan dalam LVMH pada 1989

Pembelian pegangan dalam LVMH menyaksikan dua syarikat utamanya, Louis Vuitton dan Moet Hennessy bergabung pada tahun 1987.

Sepanjang tiga dekad seterusnya, dia menjadikan LVMH sebagai ‘raksasa mewah’ yang menjual minuman beralkohol, fesyen, barangan kulit, jam tangan, barang kemas, perhotelan, minyak wangi dan kosmetik melalui lebih 5,500 kedai di seluruh dunia.

Nilai kasar bagi kesemua butik itu mencapai sekitar 365.7 juta euro (RM1,685.38 billion).

Malah dia juga menyedari China akan menjadi pasaran utama hingga membuka kedai Louis Vuitton pertama di Beijing pada tahun 1992.

Hal ini menjadikan LVMH perusahaan yang menaungi beberapa barang mewah, seperti Louis Vuitton, Christian Dior, Fendi, Celine, juga Sephora.

Pelakon Sean Penn (kiri) dan Charlize Theron menyertai Bernard Arnault dan isteri Helene pada Minggu Fesyen Paris tahun ini. -Foto Getty Images

Arnault juga mengembangkan bisnes ke bidang perhotelan

Pada 2019, LVMH mula melaburkan wang untuk membeli grup perhotelan mewah iaitu Belmond, yang mengelola 46 hotel, kereta api, dan kapal pesiar.

Sepanjang dua perkahwinannya, dia mempunyai lima orang anak yang kesemuanya bekerja di firma atau salah satu jenama miliknya.

Baru-baru ini, LVMH menarik balik had umur ketua pegawai eksekutifnya sekali gus membolehkan Arnault kekal menerajuinya sehingga 80 tahun.

Walaupun menjadi tunjang belakang lebih 75 jenama mewah seperti Louis Vuitton, Givenchy dan Kenzo, Arnault kurang dikenali kerana tidak aktif di media sosial termasuk Twitter, dan jarang membuat penampilan secara terbuka.

Oktober tahun lalu, Arnault dilaporkan berkata, LVMH menjual jet peribadinya bagi memastikan dia kekal tidak menonjol (low-profile). - inesw.id

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain