suria

Pelajar tingkatan 6 tak hanyut dalam dunia glamor TikTok, pasang angan-angan nak jadi cikgu sukan... Media sosial hanya ‘side income’

Danial meraih pelbagai tawaran selepas tular di aplikasi TikTok.

RAMAI dalam kalangan kita mula aktif di aplikasi TikTok kerana kelapangan masa ketika pandemik Covid-19 melanda dunia, sekitar dua tahun lalu.

Begitulah juga kisahnya bagi Muhammad Danial Iskandar Mohamad Ridzuan, 20, yang meraih lebih 100,000 pengikut selepas mula menghasilkan video di platform itu.

Hidup berubah

Dikenali sebagai Danlrdzn di TikTok, pelajar tingkatan enam yang menetap di Kota Damansara, Selangor itu mengakui hidupnya berubah hampir 360 darjah selepas dia meraih populariti di media sosial.

"Semua berubah sejak saya sertai TikTok. Daripada situ orang mula kenal saya. Awalnya saya sertai TikTok kerana bosan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama.

danial2

Danial memiliki lebih 100,000 pengikut di TikTok.

"Saya sekadar kongsi satu video, tak sangka ia masuk ke For You Page (FYP). Tiba-tiba video saya dapat sambutan. Orang pun seronok nak tengok video. Sejak itu juga saya dapat banyak tawaran. Banyak rezeki daripada TikTok.

"Hidup saya berubah sepenuhnya selepas sertai TikTok. Dulu saya tengok orang dapat buat reviu, sekarang saya pun terima tawaran itu," jelas Danial yang mengakui tidak dapat memenuhi semua tawaran kerana kekangan masa sebagai pelajar.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah la kacak, pemurah pula! Jadi juara 26 kali, pelari dedah rahsia kerap sumbang wang kemenangan untuk kebajikan

Dijangka menamatkan pengajian pada tahun ini, anak sulung daripada empat beradik itu berkata dia mahu merebut segala peluang yang ada dan meneroka bidang baharu.

"Saya akan tamat persekolahan pada April nanti. Sebelum ni rasa sayang sebab banyak tawaran saya tolak kerana sibuk dengan study. InsyaAllah nanti lepas raya saya boleh fokus kepada perkara yang saya tak dapat buat sebelum ini.

danial3

Baju keluaran Danial laris terjual dalam masa singkat.

"Saya juga ada keluarkan brand street wear pada tahun lepas. Alhamdulillah habis terjual 100 helai dalam lima minit. Tapi disebabkan kekangan masa, saya hanya sempat keluarkan satu koleksi saja. Lepas habis belajar, saya akan perbanyakkan lagi koleksi.

"Saya pilih bidang bisnes ini untuk cari pendapatan sampingan, tambahan pula saya boleh manfaatkan followers yang saya ada di TikTok," ujarnya yang dilahirkan di Kedah.

Tawaran bidang seni

Selain tawaran reviu serta peluang perniagaan, populariti diraih Danial turut membuka ruang untuknya menceburi bidang peragaan.

"Saya dapat tawaran modelling tahun lepas. Sejujurnya tak pernah terfikir nak jadi model, tapi saya fikir dengan bergelar model, ia boleh membantu saya untuk membina nama, supaya lebih dikenali.

danial4

Walaupun kekok pada awalnya, Danial berharap dia dapat pergi lebih jauh dalam bidang peragaan. Foto: Bynanaazmanstudio.

"Sejujurnya dulu saya jarang ambil gambar. Tapi apabila dah terlibat dalam dunia ini, saya kena biasakan dengan kamera. Awalnya sangat kekok. Tapi saya ada masuk kelas model dan catwalk.

"Ada penambahbaikan sikit lepas masuk kelas. Setakat ini saya belum terlibat dengan mana-mana job luar. Saya baru buat photoshoot profile saja. Saya tak boleh buat banyak kerja sebab study lagi," ujarnya.

Selain bidang peragaan, Danial juga turut menzahirkan minatnya ke arah bidang lakonan dan turut memasang impian untuk bergandingan dengan aktor Beto Kusyairy suatu hari nanti.

danial5

Anak sulung daripada empat beradik ini bersyukur dengan segala rezeki yang diterimanya. -Foto Bynanaazmanstudio

"Kalau ada rezeki ke arah lakonan, saya tak menolak sebab saya juga minat lakonan. Dulu sewaktu zaman sekolah, saya juga pernah aktif dalam teater. Saya teringin nak berlakon dengan Beto Kusyairy," ujar Danial lagi.

Cita-cita ke UPSI

Di sebalik segala impiannya ke arah dunia glamor, Danial berkata dia tidak akan sesekali mengabaikan akademik serta cita-cita untuk bergelar guru sukan suatu hari nanti.

Menurut Danial, dia sememangnya aktif dalam bidang sukan dan memasang impian untuk menyambung pengajian ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) selepas tamat tingkatan enam.

danial8

Danial bercita-cita untuk menjadi guru sukan.

"Saya ambil subjek sains sukan dan perniagaan di tingkatan enam. Dua-dua penting pada saya. Bisnes boleh jana pendapatan sampingan. Sains sukan pula sebab saya nak sambung UPSI, saya bercita-cita nak jadi cikgu sukan.

"Sejak sekolah rendah lagi saya dah aktif sukan. Sejak darjah empat sampai tingkatan lima saya main bola dan jadi wakil sekolah. Selain itu, saya juga aktif Pingpong sehingga wakil negeri Selangor," dedah Danial lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain