suria

Master Lim paling sibuk setiap kali Tahun Baharu Cina, kepala singa buatan tangan laris sampai Perancis, Amerika

Master Lim menghasilkan ribuan kepala singa sejak dia menceburi bidang itu. Foto: The Star/Yap Chee Hong.

MENJELANG Tahun Baharu Cina, Lim Meng Kok pasti sibuk menyiapkan ratusan tempahan kepala singa buatan tangan yang menjadi sumber rezekinya sejak sekian lama.

Menurut Meng Kok, 75, dia mula 'berkampung' di bengkelnya yang terletak di sebuah lot kedai di Kepong, Kuala Lumpur sejak November demi menyiapkan tempahan yang diterima untuk perayaan kali ini.

Biarpun sibuk dan tak menang tangan menyiapkan tempahan, dia yang turut digelar Master Lim dan 10 ahli pasukannya tetap bersemangat untuk memberikan hasil terbaik buat pelanggan mereka.

Master Lim has been making lions head for over 50 years. — YAP CHEE HONG/The Star

Warga emas ini pernah bekerja di sebuah kilang sebelum mengambil keputusan memulakan perniagaan sendiri.

Di bengkel itu, kelihatan beberapa kepala singa yang telah siap, masing-masing dalam warna dan reka bentuk yang berbeza, digantung pada dinding manakala beberapa kepala yang belum selesai memenuhi ruang kosong di atas lantai.

Penyambung warisan

Turut membantu Meng Kok ialah anak perempuannya Lim Seow Ling, 43, Lim Seow Meng, 39, dan menantunya, Kau Wei Chin, 40.

Menurut Meng Kok, dia bersyukur kerana anak-anaknya berminat dalam perusahaan itu dan mengambil inisiatif untuk mempelajari kemahiran kraf berkenaan dengannya.

“Sesiapa sahaja boleh mempelajari kemahiran atau hobi baharu jika mereka mempunyai semangat dan komitmen. Saya bersyukur memiliki pasukan pekerja yang berdedikasi, termasuk ahli keluarga saya yang berminat untuk mempelajari seni yang hampir mati ini, "katanya.

MAIN PICLim (centre) hopes to train his daughter Lim Seow Ling (right) and his son in law, Kau the art of making lion heads. Photos: YAP CHEE HONG/The Star

Meng Kok (tengah) tak lokek menurunkan ilmu untuk generasi muda.

Dengan hanya kira-kira 10 pembuat kepala singa di negara ini, Meng Kok, berkata dia menyimpan hasrat untuk untuk menurunkan kepakarannya kepada generasi muda.

“Ramai belia Cina tidak berminat untuk mempelajari kraf ini kerana menganggap mereka tidak boleh memperoleh pendapatan yang baik. Mereka menganggap kepala singa hanya dijual pada musim Tahun Baharu Cina sahaja tetapi mereka salah.

“Saya menjalankan perniagaan ini sepanjang tahun, dan menghasilkan lebih 200 kepala singa setiap tahun. Separuh daripada pesanan ini adalah untuk Tahun Baharu Cina manakala selebihnya adalah untuk kuil, persatuan Cina dan projek yang ditauliahkan khas," ujarnya.

Laris sampai luar negara

Selain pasaran Malaysia, kraf yang dihasilkan Meng Kok turut mendapat perhatian sehingga ke peringkat global, membolehkan dia menerima tempahan dari beberapa negara seperti Amerika Syarikat (AS) dan Perancis.

ONLINERattan strips are bent to form the base on the lion's head. - YAP CHEE HONG/The Star

Bengkel yang terletak di Kepong itu sibuk menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.

"Saya juga menerima tempahan dari AS, Perancis dan Australia. Jika anda menempah kepala singa hari ini, anda akan menerimanya pada Ogos,” ujarnya yang sudah menghasilkan 5,000 kepala singa sepanjang kerjayanya.

Dalam pasaran hari ini, kepala singa buatan tangannya berharga antara RM3,300 dan RM8,888.

Sanggup berhenti kerja

Mengimbas perjalanan hidupnya, Meng Kok berkata dia meninggalkan pekerjaannya sebagai operator mesin di sebuah kilang pembuatan makanan pada akhir 1970-an untuk mengusahakan perniagaan sendiri.

“Saya pernah bekerja di sebuah syarikat aiskrim di Bangsar. Selepas kerja, saya akan membaiki dan membuat kepala singa di rumah. Perniagaan adalah pantas, dan saya mendapati sukar untuk saya menyiapkan pesanan yang diterima.

Second picEveryone has a specific task in the production of the lion heads in Lim's workshop.

Kepala singa buatan anak jati Malaysia turut terjual sehingga ke luar negara.

"Untung juga berbaloi lantas ia mendorong saya untuk berhenti kerja dan menceburi perniagaan ini secara sepenuh masa," ujar bapa kepada tujuh cahaya mata itu.

Pengiktirafan

Antara bakat lain, dia juga merupakan pengasas dan ketua pengajar Meng Kok Dragon & Lion Dance Troupe, sebuah syarikat tarian singa berusia 40 tahun yang berpangkalan di Kepong.

Dengan pengalaman selama 45 tahun dalam pembuatan kepala singa, Meng Kok dianggap sebagai pakar pertukangan dalam industri tersebut.

Dalam lima dekad yang lalu, dia telah mengembara ke seluruh negara dan dijemput di peringkat antarabangsa untuk memberi tunjuk ajar dalam bengkel kraf pembuatan kepala singa.

Selain itu, dia juga sering dipanggil untuk menilai kejohanan tarian singa di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Paling manis tentunya detik bersejarah pada Oktober tahun lepas yang Lim telah menerima pengiktirafan Sarjana Tarian Singa Malaysia 2022 oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dan Persekutuan Tarian Singa Malaysia. - The Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain