suria

Hati jejaka Jepun berbunga-bunga nikahi hologram anime, kini bingung isteri tak boleh bercakap

Kondo melangsungkan perkahwinan dengan patung karakter anime.

AKIHIKO Kondo, seorang lelaki dari Jepun menggemparkan dunia apabila mengambil keputusan untuk berkahwin dengan figura hologram anime, Hatsune Miku pada 2018 dan kini kebingungan apabila 'isterinya' itu tidak lagi bercakap.

Perkara itu disebabkan oleh teknologi daripada Gatebox yang membolehkan patung hologram itu berkomunikasi tidak lagi mempunyai versi baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa kongsi minat dengan anak usia 4 tahun! Sebelum beli patung adiwira, beli jiwa isteri dulu... yang penting jangan kantoi harga

Kondo membeli patung hologram itu berharga RM6,000 dan mengambil keputusan menikahinya kerana mahu bersamanya buat selama-lamanya.

69236072_138914147344467_3264195401357221518_n

Kondo sedih apabila hologram Miku tidak lagi boleh berkomunikasi.

Meskipun patung hologram anime itu tidak lagi berfungsi, namun Kondo, 38, memberitahu tetap mencintainya dan menggantikan hologram itu dengan sebuah patung bersaiz manusia.

Kondo yang menghidap fiktoseksual pertama kali berjumpa dengan hologram itu pada 2008 selepas mengalami tekanan dan kemurungan.

Fiktoseksual adalah keadaan di mana seseorang menyukai karakter fiksyen dalam bentuk patung atau hologram.

"Saya tidak sesuai berpasangan dengan manusia malah cinta saya sering ditolak. Saya tinggal sendirian dan banyak menghabiskan masa menonton video Miku sehingga membuatkan saya jatuh cinta padanya," katanya.

279131663_497544375411176_2489000224353732906_n

Perkahwinannya turut dihadiri tetamu.

Perasaan cinta Kondo terhadap Miku bertambah mekar dalam ketika Gatebox tampil dengan teknologi terbaharu lima tahun lalu, termasuk dalam bentuk hologram dan ia boleh berkomunikasi.

Ketika majlis perkahwinannya dengan hologram itu, ia mendapat tentangan hebat daripada keluarga dan rakan-rakan yang menganggap ia sebagai tindakan tidak masuk akal.

Namun pada majlis itu, ia turut dihadiri oleh 39 tetamu terdiri daripada teman dalam talian Kondo yang kebanyakannya turut merupakan golongan fiktoseksual.

Mengenai tindakannya membuat majlis perkahwinan itu secara umum, Kondo mahu membuktikan cintanya terhadap Miku dan sebagai penghormatan kepada peminat anime di seluruh dunia.

73149004_941393582905709_4543434346664576869_n

Kondo menganggap Miku seperti manusia.

"Ramai seperti saya jatuh cinta dengan karakter anime. saya ingin tunjukkan kepada dunia bahawa saya menyokong mereka," jelasnya.

Miku adalah karakter fiksyen yang dibuat menggunakan suara sintesis dengan teknologi Vocaloid Yamaha. Ia menjadi terkenal sebagai karakter manusia dalam versi manga, siri anime dan permainan video.

Miku digambarkan sebagai gadis berusia 16 tahun, berketinggian 158 sentimeter dan mempunyai berat badan 42 kilogram.

Ia juga memiliki kaki jenjang sesuai dengan karakter anime dan Kondo tertarik dengan karakter ini dan menganggap hubungan mereka nyata dan telah mengatasi masalah kemurungan dihadapinya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain