suria

Bermula sebagai personal shopper di Kanada, kini buka butik sendiri... Impiannya mahu lihat golongan biasa pakai barang mewah

Hampir sedekad Nor Rafidah berkecimpung dalam perniagaan menjual barangan mewah.

BUKAN semua golongan mampu memiliki barangan berjenama mewah seperti Louis Vuitton, Prada, Chanel mahupun Christian Dior kerana harganya sangat mahal.

Lantaran itu, impian seorang usahawan dan pengasas butik Sellection, Nor Rafidah Khairuddin mahu merealisasikan hasrat ramai untuk memiliki barangan berjenama dan original.

Paling penting kata Nor Rafidah, ia dijual pada harga mampu milik!

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan suami isteri ‘bukan guru’ tak sangka berjaya bina empayar MyTutor, sasar tersenarai Bursa Saham pada 2026

Sejak lapan tahun lalu, Nor Rafidah berkata, dia bermula sebagai seorang 'personal shopper' yang berpangkalan di Montreal, Kanada dengan mengambil tempahan daripada rakyat Malaysia dan menghantarnya menggunakan khidmat pos.

Barangan berjenama

Antara barangan berjenama yang diimport dari Amerika Syarikat.

Sekembalinya ke tanah air, Nor Rafidah meneruskan perniagaan itu dengan membuka perniagaan tersebut secara dalam talian dan butik fizikal kerana mahu memenuhi keinginan mereka yang ingin menggalas sebuah beg tangan berjenama.

"Jika dulu hanya golongan tertentu saja boleh memakai dan membeli barangan berjenama mewah. Dengan apa yang Sellection usahakan, semua pandangan skeptikal itu berjaya ditepis.

"Kini orang biasa tak kira usia dan sosial status pun boleh pakai aksesori atau tas tangan berjenama dengan harga berpatutan. Semua individu layak dan berhak waima mereka seorang surirumah, peniaga kecil, guru dan sebagainya," katanya.

Jelas Nor Rafidah lagi, Sellection bukan hanya sebuah perniagaan yang menjual barangan berjenama semata-mata sebaliknya menawarkan pelbagai perkhidmatan terutamanya khidmat nasihat kepada pelanggan mendapat barangan diinginkan.

"Kita cuba beri nilai dengan membantu pelanggan memilih barangan diinginkan dengan harga terbaik termasuk gaya yang sesuai dengan penampilan termasuk apa barangan yang sesuai dipakai ke majlis-majlis tertentu dan kegunaan harian.

Kini orang biasa tak kira usia dan sosial status pun boleh pakai aksesori atau tas tangan berjenama dengan harga berpatutan.

NOR RAFIDAH KHAIRUDDIN

PENGASAS SELLECTION

"Tambah nilai ini yang membuatkan ramai pelanggan kami yang datang kembali dan membeli barangan lain kerana senang dengan cara ditawarkan," ujarnya.

Paling utama kata Nor Rafidah, tawaran pelan pembayaran ansuran sebanyak tiga kali juga memberikan peluang kepada pelanggan merancangan pembelian dan kewangan mereka.

"Saya percaya semua wanita dan lelaki sentiasa ingin tampil cantik, segak dan berketrampilan tetapi mereka ada komitmen tertentu untuk berbelanja.

"Apabila Sellection memberikan ansuran tiga kali, pelanggan sangat gembira sebabnya mereka masih boleh rancang kewangan dan pada masa sama bergaya dengan barangan berjenama antarabangsa," jelasnya.

Menerusi pelan ansuran itu, Nor Rafidah berkata, pelanggan hanya perlu membayar deposit kali pertama dan mereka boleh terus memiliki apa yang diingini.

Nor Rafidah

Nor Rafidah ingin beri peluang golongan biasa merasai memiliki barangan berjenama.

"Ini bermaksud mereka tidak perlu lagi menunggu sehingga selesai bayar, baru boleh mendapat barangan yang dibeli. Nak pakai branded item yang original bukan lagi mustahil.

"Paling penting semua barangan yang dijual adalah tulen, baru dan diimport dari Amerika Syarikat dengan gaya terkini," ujarnya.

Sasaran hanya satu, untuk membuatkan pelanggan berasa berpuas hati dan merasai pembelian yang dibuat berbaloi seolah-olah mereka sedang shopping di butik antarabangsa.

"Itulah sebanya sesi live, tip, ulasan tentang koleksi barangan di platform media sosial kami tidak pernah putus. Kami sentiasa nak memberikan nilai tambah kepada pelanggan memiliki barangan 'ori'.

"Sesuai dengan tagline kami, 'Embracing Confidence' mahu meraikan keyakinan pelanggan nampaknya memberi impak besar dan positif kepada ramai wanita dan lelaki di Malaysia," ujarnya.

Pelanggan

Pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan Sellection.

Jelas Nor Rafidah lagi, membaca komen dan ulasan pelanggan juga membakar semangatnya memberikan lebih baik pada waktu mendatang.

"Ada yang kali pertama cakap beli barangan berjenama dengan kami. Malah, dulu mereka tak tahu nak beli secara 'online'. Tapi sudah tahu kewujudan kami, siap rancang beli lagi. Malah disarankan pula untuk orang lain kerana kredibiliti kami sebagai 'trusted seller'.

"Ada juga ulasan yang memberitahu dulu dirinya hanya berangan-angan untuk pakai barangan jenama dari luar, tak sangka sekarang boleh memilikinya sendiri bila kami tawarkan pelan ansuran.

"Malah ada komen cakap dia bekerja biasa, tapi masih boleh capai impian dan beri ganjaran kepada diri sendiri tanpa meminta orang lain," katanya yang mempunyai butik di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain