suria

Tiada kelahiran bayi lelaki sejak 10 tahun lalu, perkampungan di Poland dipenuhi ‘bunga’

Sejak 10 tahun lalu perkampungan Miejsce Odrzanskie di Poland tidak menerima sebarang kelahiran bayi lelaki.

ANDAIKAN anak perempuan adalah seperti gula, maka ada sebuah perkampungan kecil di Poland yang bakal menjadi tempat termanis di dunia.

Mana tidaknya kampung dengan kepadatan 300 penduduk itu sudah 10 tahun tidak menyambut kelahiran bayi lelaki.

Hanya 12 anak perempuan yang dilahirkan di kampung dikenali sebagai Miejsce Odrzanskie itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua gadis Papua catat sejarah, jadi individu pertama bergelar juruterbang Garuda Indonesia

Perkara itu mendapat perhatian apabila kampung itu menghantar pasukan yang kesemuanya perempuan bagi berentap dalam pertandingan peringkat kebangsaan sukarelawan kebakaran.

Kanak-kanak perempuan menyertai pasukan sukarelawan kebakaran.

Baru-baru ini juga, lebih empat krew televisyen daripada pelbagai agensi berkumpul di kampung itu bagi merungkai 'kehilangan' kaum lelaki di sana.

"Ada doktor menelefon saya dari memberikan tip bagaimana untuk mendapatkan anak lelaki.

"Sehingga ada mencadangkan saya meletakkan kapak di bawah katil bagi tujuan itu," kata seorang penduduk.

Tidak diketahui tentang punca sebenar mengapa hanya bayi perempuan yang dilahirkan di perkampungan itu sejak 10 tahun lalu.

Kanak-kanak perempuan berkumpul untuk aktiviti sukarelawan mereka. 

Malah para pengkaji turut menyatakan minat untuk menyiasat tentang fenomena aneh itu.

Bagaimanapun penduduk setempat menolak sebarang perkara luar biasa tentang fenomena itu sebaliknya menganggap ia adalah satu kebetulan.

Dalam pada itu, rata-rata penduduk di kampung itu tetap mengharapkan kelahiran bayi lelaki sehingga wakil penduduk di situ, Krystyna Zydziak menawarkan hadiah kepada pasangan yang berjaya mendapatkan anak lelaki.

"Begitu hebat perbualan masyarakat dunia mengenai kampung kami sehingga saya terfikir untuk memberikan sebuah nama jalan bersempena bayi lelaki yang lahir nanti," katanya. - THE NEW YORK TIMES

Poland, Miejsce Odrzanskie

Artikel Lain