Menantu perlu bijak memikat hati mentua agar pengalaman beraya menjadi lebih bermakna. -Gambar hiasan
BAGI pasangan yang baru berkahwin, Aidilfitri yang bakal tiba pasti mendebarkan apabila ia bakal menjadi pengalaman pertama mereka beraya dengan keluarga mentua.Mana tidaknya, kita sering disajikan dengan kisah kurang menyenangkan antara mentua dan menantu.Namun, ia bukanlah perkara mustahil untuk mengecapi hubungan baik dengan mentua asalkan kita cuba memahami keperibadian mereka dan menunjukkan usaha untuk menyesuaikan diri dalam keluarga baharu.Jika fasa awal sudah berjaya ‘memikat’ hati ibu mentua, hubungan pasti akan lebih harmoni, sekali gus menjadikan pengalaman beraya bersama lebih bermakna.Menantu dan mentua perlu saling menghormati agar hubungan makin erat.Menurut portal busana pengantin PP Signature, berikut adalah tip untuk menjalin hubungan baik dengan ibu mertua dan mencipta kenangan indah sepanjang Aidilfitri:1. Mendengar perbualan dengan hatiBeri perhatian penuh setiap kali berbual dengan mentua seperti menganggukkan kepala dan bertanyakan soalan untuk tunjukkan minat. 2. Tunjuk rajin memasakTawarkan diri untuk memasak atau bantu ibu mentua di dapur. Jangan biarkan dia melakukan kerja bersendirian.3. Jangan tunjuk malasTunjukkan sikap ringan tulang dalam membantu melakukan kerja rumah seperti mengemas dan membersihkan kawasan kediaman tanpa perlu diminta.4. Bawa hadiah atau buah tanganBawa buah tangan semasa melawat walaupun hanya sebungkus kuih kegemaran mereka sebagai tanda ingatan.5. Bergaul dengan ipar-duaiLibatkan diri dalam aktiviti keluarga atau bertanyakan tentang diri mereka demi tunjukkan minat anda untuk berkenalan dengan lebih rapat.6. Jangan berkepit dengan pasanganGalakkan masa berkualiti antara pasangan dan keluarganya sebagai tanda menghormati hubungan mereka.7. Jangan marah pasangan depan mertuaBersikap matang dan elakkan bertengkar di hadapan mentua. Simpan masalah dalam 'sesi peribadi' anda dengan pasangan.8. Tawar ibu mertua duduk di hadapanSekiranya pergi beraya ke rumah sudara mara, tawarkan tempat duduk di bahagian hadapan kepada ibu mentua agar dia rasa dihargai.9. Jangan berebut suami dengan ibu diaTunjukkan yang anda menghargai masa mereka bersama tanpa perlu rasa cemburu atau berniat jahat untuk cuba pisahkan hubungan ibu dan anak.10. Puji pasangan depan mertuaTunjukkan penghargaan anda agar mereka tahu anda menghargai hasil didikan dan usaha mereka membesarkan anak-anak selama ini.