suria

Sedih kena buang haiwan kesayangan kerana ekzema? Tunggu dulu... ada cara lain untuk hidup bersama

Haiwan peliharaan seperti kucing boleh menjadi penyebab kepada ekzema. -Gambar hiasan, Freepik

ANDA berminat bela si bulus tetapi malangnya ahli keluarga ada alahan kulit ekzema, apa yang harus dilakukan?

Persoalan ini semestinya kerap bermain dalam fikiran pencinta kucing yang berbelah bagi di antara keluarga dan juga haiwan peliharaan.

Kira-kira satu dari lima kanak-kanak di seluruh dunia mempunyai ekzema iaitu sejenis alahan kulit.

Ekzema adalah sejenis alahan kulit. (Gambar hiasan, Freepik)

Kebiasaannya kanak-kanak akan bebas dari ekzema ketika semakin membesar tetapi ada juga yang masih dibelenggu alahan tersebut walaupun sudah mencecah usia dewasa.

Menurut kajian, terdapat beberapa faktor yang boleh menyebakan ekzema dan berikut adalah punca yang menyebabkan keradangan kulit bertambah serius.

Pesakit harus mengelakkan diri dari berada berdekatan dengan pencetus-pencetus ini:-

1) Jangkitan virus

2) Alergi makanan

3) Barangan kosmetik

4) Wangian

5) Cuaca

6) Alergi yang berpunca dari persekitaran seperti hama, habuk, debunga dan kelemumur dari haiwan

Ekzema boleh menyebabkan kegatalan melampau. (Gambar hiasan, Freepik)

Ada sesetengah pesakit ekzema yang tidak mempunyai masalah berada dekat dengan haiwan peliharaan tetapi ada juga yang tidak boleh kerana ia menyebabkan keradangan.

Sangat penting untuk kita tahu adakah haiwan peliharaan tersebut merupakan pencetus ekzema seseorang dan seterusnya bagaimana untuk mengelakkan keradangan yang lebih serius.

Haiwan peliharaan itu mungkin bukan penyebab utama penyakit kulit ini tetapi kelemumur dari bulunya atau protein dalam air liurnya boleh menjadi pencetus keradangan ekzema.

Seseorang itu tidak perlu membuat pilihan di antara keluarga ataupun haiwan peliharaan kerana ekzema boleh dikawal melalui langkah-langkah berikut:-

Kelemumur kucing adalah antara penyebab ekzema. -Gambar hiasan

1) Mengehadkan pergerakan haiwan peliharaan dalam rumah

Pastikan haiwan peliharaan tidak memasuki bahagian tertentu dalam kediaman seperti bilik tidur, ruang bekerja dan almari baju.

Perkara ini untuk mengawal penyebaran pencetus ekzema dari haiwan peliharaan di dalam rumah.

2) Mandikan dan bersihkan haiwan peliharaan anda secara berkala

Bersihkan haiwan peliharaan anda untuk mengurangkan kelemumur di badannya dan menghalang kelemumur dari tersebar ke serata rumah.

Selain itu kerap juga cuci kawasan yang berkemungkinan mempunyai banyak kelemumur seperti tempat di dalam rumah yang kerap dilawati haiwan peliharaan.

Di samping itu basuh barangan yang kerap digunakan haiwan peliharaan anda seperti mainan dan tempat tidur mereka.

Penjagaan kulit untuk pesakit ekzema adalah sangat penting. (Gambar hiasan, Freepik)

3) Basuh tangan selepas memegang haiwan peliharaan

Selepas memegang haiwan peliharaan, pastikan anda membasuh tangan sendiri dan tangan anak anda.

4) Jaga kesihatan haiwan peliharaan anda

Jika haiwan anda mempunyai jangkitan kulat, ia juga boleh menjadi pencetus ekzema kepada anak-anak anda.

Jadi pastikan haiwan peliharaan anda mendapat rawatan yang sepatutnya.

Selain menjaga kesihatan haiwan peliharaan, pastikan anda mengamalkan rutin penjagaan kulit ekzema yang rigid ke atas anak anda.

Sentiasa lembabkan kulit kerana ia boleh bertindak sebagai langkah pencegahan dan melegakan ketidakselesaan ketika keradangan. - The Star

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain