suria

Kalau tak mahu anak jadi pendek, ibu hamil perlu elak minum kopi... Berhenti sebelum terlambat!

Kafein dalam kopi boleh menyebabkan anak dilahirkan lebih pendek. -Gambar hiasan/Freepik.com

KOPI merupakan minuman yang paling digemari ramai.

Tapi awas ya! Wanita hamil tidak boleh menikmatinya secara berterusan kerana akan mempengaruhi perkembangan anak dalam kandungan.

ARTIKEL BERKAITAN: Risau naik penimbang selepas cuti makan-makan? Amalkan cara selamat detox tubuh

Berdasarkan kajian jurnal JAMA Network Open, bayi yang terdedah kepada kafein ketika dalam kandungan cenderung untuk lebih pendek berbanding rakan sebayanya.

Menerusi 2,400 responden yang terdiri daripada wanita hamil, didapati anak yang dilahirkan daripada ibu yang mengambil kafein dan paraxanthine dalam kehidupan harian, lebih pendek.

Jurang ketinggian juga dilaporkan mengalami perbezaan seolah-olah anak berusia empat tahun dan lapan tahun.

Kopi merupakan minuman kegemaran masyarakat dunia.

Kopi merupakan minuman kegemaran masyarakat dunia.

Pun begitu, harus diingat kafein bukan hanya terkandung di dalam kopi sebaliknya meliputi coklat, teh dan juga air bikarbonat.

Maka disebabkan itu, pengambilan kafein dihalang khususnya untuk ibu hamil.

Bagaimanapun, pengkaji NIH, Jessica Gleason mengklasifikasikan dapatan kajian tentang perbezaan ketinggian itu masih rendah.

Baginya, kajian perlu lebih menyeluruh dan meliputi tahap kesihatan kanak-kanak terlibat serta adakah perbezaan ketinggian itu berlarutan sehingga dewasa.

Beliau juga menasihati supaya ibu hamil tidak panik dengan hasil kajian yang diperoleh itu kerana penelitian lebih lanjut diperlukan.

"Dapatan kajian ini bukanlah perbezaan besar dalam ketinggian meskipun terdapat bukti yang menyatakannya," jelas Gleason.

Walaubagaimanapun, wanita hamil perlu berbincang tentang pengambilan kafein dengan doktor mereka bagi mengetahui kesan lanjut dan melihat perkembangan bayi dalam kandungan. - Okezone

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain