suria

Anak kecil rangsang alat sulit pada sofa! Awas ibu bapa, fase phallic perlu diberi perhatian

Fase phallic melibatkan kanak-kanak lelaki mahupun perempuan.

MELIHAT anak membesar, dari usia pertamanya sehingga penyertaan dalam acara sukan sekolah pasti memberi pengalaman yang mengujakan.

Ibu bapa yang peka tentang fasa tumbesaran dan perkembangan anak dapat membentuk perkembangan fizikal, kognitif, bahasa, sosial, moral, personaliti dan sebagainya.

Malah tahun-tahun awal formatif iaitu antara 0-8 tahun juga merupakan tempoh perkembangan yang penting kerana ia merupakan proses melatih dan mendidik anak-anak mengikut keperluan bersesuaian dengan tahap kefahaman bayi atau kanak-kanak tersebut.

Namun sejak kebelakangan ini, para ibu bapa dikejutkan dengan aksi anak-anak yang disifatkan 'aneh' dan membimbangkan.

Mana tidaknya, menerusi video tular baru-baru ini, beberapa kanak-kanak dilihat gemar 'bermain' dengan alat sulit mereka atau menggunakan objek lain sebagai pengantara.

Seperti salah satu video yang dikongsikan seorang ibu, anak perempuannya dilihat menyangkut kaki di bucu sofa sambil mengapungkan badan.

Perlakuan itu mungkin kelihatan normal kerana pada dasarnya kanak-kanak tersebut mungkin cuba menguatkan otot tangannya.

Tabiat kanak-kanak ini antara fase phallic.

Tabiat kanak-kanak ini antara fase phallic.

Namun jika diperhatikan dengan teliti, dia sebenarnya cuba menggesel alat sulit pada sofa kerana sudah merasai sensasi pada anggota ‘bawah’.

Si ibu juga menyuarakan kebimbangan dengan bertanyakan kepada umum berkenaan tabiat yang sering dilakukan anaknya.

"Ada yang sama anaknya punya kebiasaan begini? Kenapa ya?".

ARTIKEL BERKAITAN: Kenal pasti alahan anak anda dan cara mengatasinya!

Pun begitu, jawapan yang diberikan para netizen sedikit mengejutkan kerana perlakuan aneh itu dianggap sebagai normal.

Bagaimanapun, menerusi laporan health.detik yang memetik kenyataan Konsultan Kesihatan Mental dan Forensik Kanak-Kanak, Dr Inneke Limuria, aksi yang dilakukan itu dikenali sebagai fase phallic iaitu kanak-kanak mula mengenali perbezaan jenis kelamin.

Sebagian besar anak-anak seringkali menemukan 'kenikmatan' ketika organ genitalnya dirangsang.

Kebanyakan mereka mula bermain dengan alat kelamin sehingga mendapatkan 'kepuasan' seksual.

"Fase oral melibatkan bayi berusia 0-18 bulan, fase anal (2-3 tahun), fase phallic (4-6 tahun), fase latent (7 hingga masa puber) dan fase genital iaitu pada saat masa puber di usia 11-18 tahun," jelasnya.

Menurut Dr Inneke lagi, bagi fase oral, kepuasan seksual adalah pada sekitar mulut yang mana iklan makanan sangat menarik perhatian kanak-kanak.

Apabila fasa tersebut tidak berkembang dengan normal, maka anak pada usia remaja biasanya akan menggigit kuku.

Fase phallic adalah saat di mana kanak-kanak mulai mengenali perbezaan jenis kelamin

Fase phallic adalah saat di mana kanak-kanak mulai mengenali perbezaan jenis kelamin.

"Untuk fase anal pula, kebiasaannya daerah kepuasan seksual berada di sekitar anus. Di masa ini anak mulai merasa kepuasaan pada saat belajar toilet training.

"Apabila fasa ini tidak berkembang dengan normal maka beberapa orang lebih menyukai anal seks baik pada wanita maupun homoseksual," katanya.

Menjelas tentang fase phallic, ujarnya, ia adalah saat di mana anak anda mulai mengenali perbezaan jenis kelamin dan membuatkan mereka bermain dengan alat sulit sehingga mendapatkan kepuasan seksual.

Malah katanya, sebagian besar anak-anak seringkali menemukan 'kenikmatan' ketika organ genitalnya dirangsang, tetapi tabiat itu tidak boleh dikategorikan sebagai aktiviti 'seksual' kerana mereka belum memasuki usia remaja.

"Namun jika ia tidak berkembang dengan normal maka seseorang akan merasakan trauma terhadap hal-hal yang berbau seksual (menjadi virgid)," terang Dr Inneke.

Berkongsi lanjut tentang perkembangan tersebut, tambah beliau, pada fase latent, perilaku seksual anak-anak tidak bekerja untuk sementara waktu.

Pun begitu, ia tidak mempengaruhi perkembangan mereka sebaliknya perkembangan intelektual anak akan berkembang pesat.

Di saat fase genital, fungsi seksual anak sudah aktif.

"Pada fasa ini perkembangan anak dicirikan dengan mimpi basah (pada laki-laki) dan menstruasi (pada anak perempuan). Dalam fase ini anak bisa mendapatkan kepuasan dengan masturbasi," lanjut Dr Inneke.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain