suria

Kadang-kadang makan, adakala terlupa... ketahui kepentingan asid folik buat ibu hamil

Asid folik perlu diambil lebih awal sebelum hamil untuk membantu petumbuhan janin yang bakal dikandung membentuk dengan sempurna. Foto: AFP.

TOPIK mengenai asid folik sering dibincangkan, namun masih ramai yang keliru dan tertanya-tanya mengenai kepentingannya.

Menurut Dr Ahmad Samhan, asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, yis dan ekstrak daging lembu.

Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan turut diperkuat dengan asid folik.

Menurut Dr Ahmad Samhan, asid folik perlu diambil lebih awal sebelum hamil untuk membantu pertumbuhan janin yang bakal dikandung membentuk dengan sempurna dan diteruskan pengambilannya untuk tiga bulan pertama kehamilan.

Kenapa asid folik diperlukan?

Asid Folik bertindak mengelakkan bayi terkena kecacatan pada saraf tunjang dan otaknya - Neural Tube Defects (NTD).

1. Encephalocele (ada lubang pada tempurung kepala yang menyebabkan sebahagian otak terkeluar).

96C53F5B-A7AF-4E8C-9D49-7A72CAA666A9

Setiap 2,381 kelahiran hidup, seorang bayi menghidap NTD.

2. Anencephaly (tempurung kepala tidak terbentuk dan tidak ada otak bila dilahirkan).

3. Spina bifida (tulang belakang tidak tutup dengan sempurna menyebabkan sebahagian saraf tunjang terkeluar dan rosak).

Spina bifida ini melibatkan kecacatan tulang belakang dan saraf tunjang. Oleh itu peluang hidup itu lebih tinggi daripada NTD yang melibatkan kecacatan otak.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu hamil boleh pantau perkembangan bayi dalam kandungan guna telefon sendiri, senang!

Ada pesakit yang boleh menjalani kehidupan dengan sempurna, ada pula yang memiliki kekurangan upaya.

Antara kekurangan upaya yang boleh dialami oleh pesakit spina bifida adalah:

1. Hilang kawalan kencing

2. Hilang kawalan buang air besar

3. Lumpuh anggota kaki

4. Hilang deria rasa pinggul dan kaki

5. Mati pucuk atau Mandul

Kalau tak mahu ambil?

NTD di Malaysia ni agak lazim, 0.42 kes bagi setiap 1,000 kelahiran. Bermakna, setiap 2,381 kelahiran hidup, seorang bayi menghidap NTD. Banyak tu!

Menerusi kajian-kajian yang telus, didapati antara faktor yang boleh mengurangkan risiko NTD adalah pengambilan supplement asid folik sebelum atau ketika kehamilan.

872040

Dr Ahmad Samhan berkongsi mengenai asid folik menerusi Twitter.

Supplement asid folik telah terbukti mencegah NTD sebanyak 80 hingga 90 peratus.

Kesimpulannya, dos yang anda perlukan untuk asid folik hanyalah 400mcg (microgram) sehari. Kadang-kadang tak boleh jumpa dos itu, jadi 1000mcg atau 1mg pun tak apa.

Untuk wanita yang pernah ada kehamilan bayi yang ada kecacatan NTD, dos yg disarankan ialah 5000mcg atau 5mg sehari.

Menurut Dr Ahmad Samhan lagi, ia merupakan satu pengorbanan yang besar dari pihak pesakit, penjaga, mahupun pemberi rawatan.

Ada yang terpaksa berhenti bekerja demi untuk menjaga anak yang kurang upaya. Dan bagi anak, bukan sesuatu yang mudah hidup sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU)

"Sungguh! berat mana memandang berat lagi bahu memikul. Kalau puan tak mahu makan boleh tapi kena pastikan kuantiti folic acid mencukupi dalam makanan puan setiap hari.

Kalau taknak makan, jangan mengandung. Kalau taknak mengandung, jangan goda suami," pesan Dr Ahmad Samhan menerusi perkongsian di Twitter.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain