suria

Susu ibu makin sikit ketika berpuasa, badan pula letih melampau... Ikuti tip ini agar tetap cergas dan bertenaga

Setiap ibu menyusu sewaktu berpuasa tentu sangat berbeza, bergantung kepada usia bayi dan ragamnya.

MENYUSU badan ketika sedang berpuasa boleh menjadi cabaran besar kepada kaum ibu kerana ia akan menyebabkan mereka kehilangan cecair lebih cepat dan mudah berasa lapar.

Atas sebab itu juga, ada segelintir wanita yang memilih untuk tidak berpuasa kerana perlu menyusu badan manakala ada pula yang menyediakan stok mencukupi bagi keperluan bayi sepanjang Ramadan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa usah stres melampau! Degil antara 4 petanda anak anda seorang yang pintar

Namun, apakah seseorang wanita itu boleh menyusukan anak ketika berpuasa? Berikut adalah beberapa tip buat kaum wanita yang tetap berpuasa.

490003234-H

1. Minum air secukupnya

Ibu yang menyusu sewaktu berpuasa harus memperhatikan keperluan cecair dalam tubuh dan sebaik-baiknya minum air yang mencukupi iaitu sekurang-kurangnya dua liter sehari.

Ketika Ramadan minum air dalam kuantiti sedikit tetapi kerap di antara waktu berbuka puasa sehingga sahur.

Wanita tidak disarankan untuk minum air dalam kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa kerana boleh menyebabkan mereka lebih kerap membuang air kecil dan berasa haus.

fruit-veg

2. Pemakanan berkhasiat

Demi memenuhi keperluan nutrisi badan ketika menyusu, ibu yang sedang menyusukan anak perlu mengambil pemakanan yang tinggi protein dan karbohidrat kompleks.

Dengan pengambilan makanan-makanan yang kaya dengan protein dan karbohidrat kompleks ia dapat membantu wanita memulihkan tenaga selepas menyusu dan menjalani ibadah puasa tanpa sebarang masalah.

Mother With Baby Eating Healthy Meal In Kitchen

3. Jangan paksa diri berpuasa

Wanita yang sedang menyusukan anak dinasihatkan tidak meneruskan berpuasa sekiranya berasa tidak mampu.

Segera berbuka apabila badan terasa terlalu penat, berpeluh, menggeletar kerana ia petanda mereka kekurangan gula dalam badan.

Makan makanan yang dapat bantu meningkatkan tahap tenaga seperti buah kurma dan sebagainya.

article_10669_article_10669-2

4. Hands-on breastfeeding

Keadaan ibu yang sedang berpuasa dapat membuat Let Down Reflex (LDR) yang menjadikan ia lebih lambat.

Ia membuatkan bayi menjadi kurang puas saat mengambil air susu ibu.

Ibu dapat mengatasi keadaan itu dengan menyusu sambil memicit dari pangkal payudara hingga hujung untuk membantu pelancaran aliran air susu ibu dengan lebih laju.

botol-susu

5. Menjaga penghasilan air susu ibu

Seaktu berpuasa air susu ibu yang dipam adalah lebih sedikit. Namun para ibu tidak perlu risau. Ingatlah prinsip supply and demand.

Semakin kerap payudara dikosongkan, penghasilan susu juga akan meningkat. Pastikan ibu menyusu ketika bayi menunjukkan tanda-tanda lapar, tanpa bergantung kepada waktu.

Bayi juga harus diberikan air susu ibu secara optimal dengan memerhatikan posisi dan lekatan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain