suria

Tular video sumbat bawang putih pulihkan selesema, apa kata pakar?

Tular di TikTok video tutorial menyumbat bawang putih ke dalam lubang hidung untuk pulihkan masalah selesema.

ADA pelbagai kaedah yang dipercayai dapat meredakan selesema dan salah satunya adalah menyumbat seulas bawang putih ke dalam lubang hidung.

Malah sejak akhir-akhir ini, cara itu menjadi tular di TikTok dan ramai menghasilkan video menunjukkan kaedah itu serta berhasil mengeluarkan hingus dari hidung.

ARTIKEL BERKAITAN: Bahaya jika kerap kencing malam... ketahui puncanya, ubah gaya hidup

Pakar telinga, hidung dan tekak, Dr Raj Sindwani menjelaskan cara ini sebenarnya tidak akan menyembuhkan selesema tapi memburukkan keadaan.

Dr Raj berkata, menyumbat lubang hidung dengan bawang putih sebenarnya dapat menyebabkan lendir bertambah ketika bawang putih dikeluarkan.

"Bawang putih hanya menyebabkan pembentukan lendir bertambah dan ia sebenarnya memburukkan lagi keadaan pesakit," katanya.

Bawang Putih

Bawang putih memang banyak khasiat tetapi ia perlu digunakan dengan cara betul.

Jadi adakah selamat memasukkan bawang putih ke dalam hidung? Bawang putih memang memiliki pelbagai manfaat untuk kesihatan kepada manusia tetapi menyumbatnya ke dalam hidung bukan cara menyembuhkan selesema.

Apakah komplikasi yang boleh berlaku disebabkan perbuatan itu?

1. Bawang putih boleh tersangkut

Memasukkan benda asing ke dalam lubang hidung memang tidak digalakkan apatah lagi kepada kanak-kanak. Ia boleh tersangkut dan sukar dikeluarkan selain terpaksa dibawa ke hospital.

2. Kerengsaan pada hidung

Bawang putih mentah dapat menyebabkan kerengsaan dan menyebabkan sensasi terbakar pada kulit malah boleh menyebabkan dermatitis.

Dermatitis adalah keradangan kulit yang menyebabkan ruam, gatal, kulit bersisik dan kering.

Selesema

Sebaik-baiknya dapatkan ubat daripada doktor selain banyakkan berehat.

3. Boleh menyebabkan jangkitan

Meskipun bawang putih yang dimasukkan dalam potongan kecil tetapi apabila ia tersangkut boleh menjadi malapetaka kepada pesakit.

"Ia boleh menyebabkan pelbagai kesan buruk kepada pesakit termasuk masalah penyumbatan sinus dan jangkitan kuman," katanya.

Lebih parah, ia boleh menyebabkan risiko trauma pada hidung apabila bawang putih tersangkut di dalamnya.

"Selesema biasanya jangkitan virus yang mampu sembuh dengan sendirinya. Paling terbaik adalah dengan banyakkan berehat, minum air yang cukup dan mengambil ubat-ubatan daripada doktor," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain