suria

Bahaya jika kerap kencing malam... ketahui puncanya, ubah gaya hidup

KERAP buang air kecil pada waktu malam, malah ia membuatkan anda terjaga di tengah malam untuk ke tandas adalah petanda anda mengalami nokturia.

Tidur utama bermaksud tidur lama dalam sehari. Umumnya orang ramai mempunyai bahagian tidur utama pada waktu malam, tetapi tidur siang hari lama tidak dikira sebagai tidur utama.

ARTIKEL BERKAITAN: Tekanan berpanjangan punca mudah lupa... amalkan 3 cara tingkatkan fungsi memori

Tidur utama pada siang hari biasanya dilakukan oleh orang yang bekerja pada waktu malam. Kunci untuk mengenali nokturia adalah masa anda bangun untuk membuang air kecil, diikuti dengan keinginan untuk tidur semula.



Bangun sekali pada waktu malam untuk ke tandas tidak mengapa tetapi jika ia berlaku dua kali atau lebih, mungkin mendatangkan masalah yang lebih besar.

Jika seseorang itu terkencing atau mahu kencing di tengah-tengah tidur utama, keadaan itu sering dianggap sesuatu yang normal tetapi nokturia perlu dinilai. Berikut adalah bahaya buang air kecil pada waktu malam atau nokturia.

Apabila tidur terganggu, keesokan harinya mood menjadi tidak baik bahkan prestasi kerja terganggu kerana fungsi kognitif merosot.

Nokturia juga dikaitkan dengan terjatuh di bilik mandi, kemalangan kerja, serta kemalangan jalan raya akibat penurunan perhatian ditambah keletihan akibat kurang rehat.

Seperti yang dilaporkan oleh Sleep Foundation, bahaya buang air kecil pada waktu malam juga lebih daripada kurang tidur.



Mereka yang mengalami nokturia terdedah kepada risiko jatuh, kemalangan di jalan raya dan tempat kerja, dan jika dibiarkan, akan menambah risiko penyakit kardiovaskular dan diabetes.

Bagi orang dewasa lebih tua, nokturia mewujudkan risiko yang lebih tinggi untuk jatuh, terutamanya jika mereka tergesa-gesa ke bilik mandi.

Kajian menunjukkan bahawa risiko jatuh dan patah tulang meningkat sebanyak 50 peratus atau lebih bagi orang yang pergi ke tandas dua kali atau lebih pada waktu malam.

Bagi orang dewasa lebih tua, nokturia mewujudkan risiko yang lebih tinggi untuk jatuh, terutamanya jika mereka tergesa-gesa ke bilik mandi.

Nokturia juga dikaitkan dengan penurunan jumlah pada ukuran kualiti hidup serta keadaan kesihatan negatif termasuk kemurungan.

Di sebalik kesan negatif tertentu, kencing malam atau nokturia yang berbahaya telah dikaitkan dengan kematian keseluruhan lebih tinggi walaupun lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk memahami sepenuhnya korelasi ini.



Mereka yang bimbang tentang kemungkinan nokturia harus mendapatkan nasihat doktor untuk mengenal pasti jika ada masalah kesihatan lain.

Aktiviti membuang air kecil atau kencing adalah berkaitan dengan pengambilan minuman atau cecair pada waktu siang.

Nokturia boleh disebabkan oleh diet harian dan terlalu banyak pengambilan air, terutamanya pada waktu tidur.

Tetapi pengambilan air sebelum tidur bukan satu-satunya punca terjadinya nokturia bagi seseorang individu tersebut.

Selepas mengetahui bahaya buang air kecil pada waktu malam, berikut adalah beberapa punca nokturia.

a. Saluran kencing terlalu aktif akibat prostat

b. Masalah buah pinggang, seperti kegagalan buah pinggang berfungsi dengan baik

c. Gangguan hormon, contohnya menghidap diabetes mellitus

d. Gangguan tidur, seperti insomnia dan berdengkur

e. Keadaan kardiovaskular, contohnya mengambil ubat untuk jantung yang boleh mencetuskan kekerapan buang air kecil

f. Diet, pengambilan makanan yang tinggi garam dan gula



Antara langkah yang boleh dilakukan untuk merawat nokturia adalah mengubah gaya hidup seperti kurangkan minum air sebelum tidur.

Ada perkara mudah yang boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan nokturia seperti mengambil makanan rendah garam dan kalori, kemudian mengehadkan pengambilan cecair terutama sebelum tidur seperti air minuman.

Bagaimanapun, apabila nokturia tidak berubah atau menjadi lebih teruk, anda harus berjumpa doktor untuk mengelakkan bahaya buang air kecil pada waktu malam.

Dari sini doktor akan memeriksa keadaan keseluruhan badan termasuk kekerapan buang air kecil, pemeriksaan air kencing serta pemeriksaan kualiti air kencing itu sendiri.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain