suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua cara ini mampu elak rasa mengantuk dan malas selepas makan nasi

Nasi merupakan makanan ruji rakyat Malaysia.

SEHARI tak makan nasi, boleh menggeletar satu badan! Itu adalah respons biasa rakyat Malaysia apabila ditanya sekiranya sanggup atau tidak untuk tidak makan nasi.

Nasi adalah makanan ruji rakyat negara ini dan hampir setiap masa kita akan makan nasi sebagai hidangan utama tidak kira ketika bersarapan, makan tengah hari atau makan malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah sihat tak payah makan... Ada bahaya menanti jika antibiotik tidak dihabiskan

Apa yang menjadi masalah, ada juga antara kita yang selepas makan nasi akan berasa mengantuk, lesu dan malas. Hendak pula kalau baru sahaja lepas makan sepinggan nasi kandar atau nasi lemak!

Jadi bagaimana caranya agar kita tidak berasa malas dan lesu tanpa perlu meninggalkan nasi?

Nasi mengandungi karbohidrat dan merupakan makanan yang sihat dan seimbang dalam diet. Meskipun ada sesetengah individu berasa mengantuk dan malas selepas makan, itu tidak bermakna nasi adalah makanan tidak sihat.
Asian woman hand eating cooked hot rice by spoon in a white plate

Nasi mengandungi karbohidrat.


Berikut adalah dua cara untuk mencegah rasa mengantuk dan malas selepas makan nasi.

1. Perbanyakkan sayuran dan protein

Makan tengah hari bukan sahaja nasi 'segunung' tetapi perlu diimbangi dengan 50 peratus sayur-sayuran, 25 peratus protein dan 25 peratus karbohidrat.

Karbohidrat seperti nasi penting dalam diet kerana ia memberi tenaga namun bagi mencegah rasa mengantuk dan malas, seseorang perlu mengambilnya dalam jumlah sedikit.

2. Kurangkan nasi

Mengawal pengambilan nasi juga menjadi kunci utama mengatasi masalah itu. Ini kerana semakin banyak nasi yang dimakan semakin sukar untuk melawan kesannya.

Cuba hadkan pengambilan nasi setiap kali makan (segenggam sudah memadai) bagi mengelakkan hormon pemicu rasa mengantuk tidak dilepaskan dalam saluran darah dan membuatkan seseorang berasa lesu dan malas.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain