suria

Tak semestinya gejala Covid-19... Ketahui 11 sebab hilang deria rasa

Kehilangan deria rasa boleh disebabkan pelbagai faktor dan bukannya hanya gejala Covid-19.

KEHILANGAN deria rasa ketika makan atau minum membuatkan seseorang tidak mampu mengesan rasa manis, masam, pahit, masin dan sebagainya.

Keadaan ini boleh dialami oleh sesiapa sahaja tetapi warga emas lebih kerap mengalaminya kerana fungsi deria rasa boleh menurun sejajar dengan peningkatan usia.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan pandang ringan... ruang tertutup tetap ada risiko jangkitan Covid-19!

Dalam bidang perubatan, lidah yang hilang deria rasa dikenali sebagai ageusia.

Ketika ini, hilang deria rasa dikaitkan sebagai salah satu simptom jangkitan virus Covid-19 namun terdapat juga beberapa penyebab lain pada keadaan itu.

Penyebab lidah kehilangan deria boleh disebabkan oleh masalah kesihatan, kesan sampingan ubat-ubatan tertentu termasuk kekurangan nutrisi termasuklah;

Makanan

Dalam bidang perubatan, lidah yang hilang deria rasa dikenali sebagai ageusia.

1. Demam selesema

2. Jangkitan sinus

3. Jangkitan pada kerongkong

4. Jangkitan kelenjar air liur

5. Gangguan saraf seperti kesan jangkitan Covid-19

6. Tabiat merokok

7. Keradangan gusi

8. Kesan sampingan ubat-ubatan seperti antibiotik, antikemurungan, tiroid, kanser dan sebagainya

9. Penyakit autoimun sindrom Sjogren yang menjadikan mulut dan mata kering

10. Kecederaan pada bahagian kepala dan telinga

11. Kekurangan vitamin B12 dan Zinc

Ubat

Pengambilan ubat-ubatan juga boleh menjadi faktor kehilangan deria rasa.

Lidah kehilangan deria rasa sebenarnya jarang berlaku dan biasanya terjadi pada 1 daripada 1,000 orang. Namun, sejak pandemik berlaku, penghidap Covid-19 mengalami gejala ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagaimanapun kehilangan deria rasa bukanlah keadaan yang mengancam nyawa tetapi masalah ini perlu dirawat bagi memastikan punca ia berlaku.

Cara menyembuhkan deria rasa juga perlu disesuaikan dengan penyebabnya. Jika ia disebabkan oleh ubat-ubatan tertentu, rujuk kepada doktor bagi menukar ubat atau mengurangkan dos.

Bagi mempercepatkan proses penyembuhan, doktor biasanya akan memberi suplemen zinc kepada pesakit namun mengikut keadaan seseorang.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain