suria

Kaki anda berbau? Guna cuka, cecair pencuci mulut antara 12 cara disyorkan atasi masalah ini

Masalah kaki berbau adalah perkara biasa dan ia boleh dicegah atau dipulihkan.

BAU kaki barangkali masalah biasa dialami oleh kebanyakan orang dan ia bukan sahaja merendahkan keyakinan diri malah menyebabkah orang di sekeliling berasa tidak selesa.

Dalam dunia perubatan, masalah ini dikenali sebagai bromodosis dan ia biasa terjadi disebabkan kaki mengeluarkan banyak peluh.

ARTIKEL BERKAITAN: Makan durian selepas suntik vaksin bahaya, ada kesan sampingan... mengarut atau betul?

Faktor hormon juga boleh membuatkan kaki lebih kerap berpeluh dan faktor memakai kasut tertutup boleh menyebabkan situasi itu menjadi lebih buruk.

Selain itu seseorang yang aktif dan memakai kasut yang ketat lebih terdedah kepada masalah itu selain tekanan dan masalah seperti jangkitan kuman dan hiperhidrosis.



Terdapat pelbagai faktor penyebab kaki berbau.

Cara menghilangkan bau kaki

Terdapat beberapa cara menghilangkan bau kaki, termasuklah;

1. Bersihkan kaki dengan sabun dan air sekurang-kurangnya dua kali sehari. Pastikan anda menjaga kebersihan bahagian kaki termasuk celahan kaki. Selepas mencucinya, pastikan bahagian ini dikeringkan bagi mencegah pertumbuhan bakteria.

2. Pastikan kuku kaki kerap dipotong dan kaki dicuci selepas selesai.

3. Tidak hanya kuku, pastikan kulit mati yang keras pada bahagian tapak kaki dibersihkan. Ini kerana kulit mati itu boleh menjadi sarang bakteria apabila kaki berada dalam keadaan lembab.



Elak menggunakan sarung kaki yang sama.

4. Ganti sarung kaki setiap hari. Jika berada di tempat yang panas, bersenam atau kaki sering berpeluh - sebaik-baiknya bawa sarung kaki lebih untuk memudahkan ia diganti.

5. Elak menggunakan kasut yang sama setiap hari. Selepas memakai sesuatu kasut, jemurkan ia di bawah sinaran matahari bagi membolehkan kelembapan di dalamnya kering.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

6. Pilih sarung kaki yang dapat menyerap kelembapan. Elakkan sarung kaki yang tebal kerana ia boleh membuatkan tapak kaki berpeluh.

7. Bagi yang mengalami masalah kaki berpeluh, disarankan untuk memakai kasut yang mempunyai lubang kecil bagi membolehkan udara keluar dan masuk. Ia sekali gus mengelakkan kaki berpeluh.



Campuran pencuci mulut, cuka dan air suam boleh membantu menghilangkan bau kaki.

8. Rendam kaki dengan air suam yang dicampur dengan cuka atau pencuci mulut. Ia mampu membantu menghilangkan bau kaki.

9. Sapu cecair alkohol menggunakan kapas ke tapak kaki sebelum tidur. Ia membantu memastikan kaki sentiasa kering. Bagaimanapun, bagi kulit sensitif, abaikan langkah ini.

10. Gunakan semburan anti kulat, bedak kaki atau deodoran khusus untuk kaki sebelum memakai stoking dan kasut.

Sekiranya masalah itu tidak juga selesai, sebaik-baiknya berjumpa dengan doktor bagi mengenal pasti punca sebenarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain