suria

Daun pandan ada banyak manfaat kesihatan... bukan sekadar wangi, beri aroma pada masakan

Daun pandan mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan manusia.

DAUN pandan memang banyak digunakan dalam masakan Melayu bagi memberi aroma khas kepada sajian yang membangkitkan selera sesiapa sahaja!

Tapi tahukah anda, daun pandan tidak hanya memberi aroma wangi kepada masakan sebaliknya ia mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan manusia.

ARTIKEL BERKAITAN: Makan durian selepas suntik vaksin bahaya, ada kesan sampingan... mengarut atau betul?

Jadi apa sahaja manfaatnya kepada kesihatan? Ayuh semak senarai ini.

1. Bantu mengawal gula dalam darah

Daun pandan bermanfaat dalam mengawal kadar gula dalam darah. Satu kajian terhadap 30 orang dewasa yang diberikan teh pandan mendapati kandungan gula dalam darah mereka lebih stabil.

Bagaimanapun, kajian lebih mendalam perlu dilakukan bagi membuktikan perkara ini.

2. Meningkatkan kesihatan mulut

Mengunyah daun pandan dapat menyegarkan nafas kerana aromanya yang menyenangkan. Malah beberapa pengamal perubatan di barat juga menggunakan teknik ini untuk menghentikan pendarahan gusi.

3. Mencegah penyakit jantung

Kajian yang dilakukan mendapati daun pandan cukup bagus bagi melindungi jantung kerana ia adalah sumber karotenoid yang baik. Ia mampu mengurangkan risiko pengembangan aterosklerosis, penyempitan arteri jantung kerana penumpukan plak.

4. Mengurangi sakit arthritis

Arthritis mempengaruhi jutaan orang di seluruh dunia dan biasanya ia berserta rasa sakit terutamanya pada bahagian sendi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Campuran minyak kelapa dan daun pandan dipercayai dapat mengurangkan rasa sakit apatah lagi ia mempunyai kesan anti-inflamasi.

5. Mengurangkan gejala asid urik

Manfaat daun pandan juga berguna dalam membantu mengatasi dan mengurangkan gejala penyakit asid urik. Daun pandan mengandungi minyak essensial dan tanin yang boleh membantu meredakan inflamasi.

Selain disapu kepada bahagian yang sakit, pesakit juga boleh minum air rebusan daun pandan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain