suria

Jangan sampai jejaskan emosi! Ini cara ikhlaskan diri walau tak dapat balik kampung sambut Aidilfitri

Ramai masih mencuba nasib untuk pulang ke kampung halaman meskipun kerajaan sudah melarang rentas negeri. -Gambar hiasan

BALIK kampung adalah tradisi turun temurun yang dilakukan oleh masyarakat Malaysia menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Bagaimanapun, sayangnya, ini adalah tahun kedua tradisi ini tidak boleh dilakukan disebabkan kes Covid-19 yang masih tinggi di negara ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Jaga sejak hari pertama di universiti, pelajar bawa sahabat ada masalah penglihatan balik kampung... tak sanggup biar beraya seorang diri di kampus

Tindakan kerajaan memperkenalkan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan melarang merentas negeri adalah bagi mengelakkan penyebaran virus itu sekali gus mewujudkan kluster baharu sempena hari raya.

Keputusan itu sememangnya menyakitkan apatah lagi ramai daripada kita sudah lama tidak berjumpa dengan ibu bapa serta sanak saudara di kampung halaman.

Sebenarnya, perasaan sedih dan kecewa tidak dapat pulang itu turut memberi kesan kepada emosi dan kesihatan mental seseorang apatah lagi pada yang tidak dapat menerima hakikat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Terdapat beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk tidak berasa sedih pada hari raya dan ia perlu dimulakan dengan diri sendiri dengan mengikhlaskan diri serta reda.



Jangan sampai ia menggangu emosi anda.

Perasaan kecewa itu juga boleh dilencongkan dengan mewujudkan sikap memberi yang dapat memberi manfaat kepada kesihatan mental selain mendapat pahala besar dari Allah.

Memberi itu pula dapat disifatkan sebagai;

1. Menganggap pengorbanan tidak dapat pulang ke kampung sebagai memberi manfaat kepada orang lain

2. Pengorbanan itu dapat memberi impak positif dalam melandaikan kes penularan Covid-19.

3. Tanam dalam diri bahawa semua tindakan itu adalah demi keselamatan ibu bapa dan keluarga agar terhindar daripada penularan virus

4. Membahagiakan orang lain seperti memberi duit raya kepada anak jiran tetangga

5. Berkongsi makanan yang dimasak bersama jiran

Tidak dapat pulang ke kampung halaman bukan bererti kita sudah melupakan orang tua di kampung tetapi itu tanda kita sayang pada mereka.

Menyambut Aidilfitri di perantauan juga sebenarnya bukanlah sesuatu idea yang buruk, sebaliknya anggap ia memberi pengalaman dan memori baharu yang boleh dikenang pada masa depan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain