suria

Nak tidur nanti jangan lupa letak bawang putih bawah bantal... jom ambil tahu manfaatnya

Bawang putih yang diletakkan dibawah bantal boleh memberi manfaat kepada kesihatan.

JANGAN fikir bawang putih hanya boleh digunakan dalam masakan tetapi turut bermanfaat bagi kesihatan.

Ia cukup terkenal sebagai bahan semula jadi yang banyak manfaat termasuk melawan sel kanser, detoks tubuh malah mengurangkan lemak pada tubuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Nama je ganas tapi buah naga banyak manfaatnya, antaranya cegah penyakit kronik!

Antara cara paling mudah adalah dengan meletakkan bawang putih di bawah bantal yang memberi pelbagai kebaikan yang tidak dijangka.

Berikut adalah beberapa kebaikan meletakkan bawang putih di bawah bantal ketika anda tidur.



Bawang putih mempunyai aroma yang kuat.

1. Meredakan hidung tersumbat

Bawang putih memiliki aroma yang menyengat hasil daripada kandungan antibiotik yang dikenali sebagai allicin. Aroma itu akan membantu melegakan hidung tersumbat.

Aroma ini akan keluar daripada bawang putih untuk melawan kuman dan jangkitan.

2. Meningkatkan sistem imunisasi

Bawang putih memiliki kemampuan untuk menghancurkan semua jenis bakteria jahat kerana ia memiliki sifat antibakteria yang sangat kuat. Allicin menghalang pembentukan bakteria berkembang di dalam tubuh manusia dan menyebabkan penyakit.

Jika anda meletakkan bawang putih di bawah bantal ketika tidur, anda mungkin akan berasa lebih segar ketika bangun pagi.

3. Mengusir serangga

Anda pasti pernah berasa takut jika ada sesuatu yang merayap pada tubuh ketika sedang tidur. Dengan meletakkan bawang putih di bawah bantal, serangga tidak berani dekat kerana baunya yang kuat.

4. Tidur lebih nyenyak

Bawang putih kaya vitamin B1, yang dikenali dapat membantu melawan gangguan tidur. Selain itu, pelbagai vitamin B6 dalam bawang putih yang memberi kesan pada sistem saraf dan menenangkan fikiran ketika tidur.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain