suria

Rasa lega sangat... tapi bahaya atau tidak jika teruskan tabiat letupkan sendi jari?

Meletupkan sendi jari adalah tabiat biasa dilakukan kebanyakan daripada kita.

'CRACKING knuckles' atau meletupkan sendi jari tangan atau pun kaki biasa dilakukan bagi mendapatkan rasa lega atau menghilangkan kebas.

Perbuatan ini biasanya akan mengeluarkan bunyi ketika kita menarik atau pun mematahkan ruas jari. Perkara sama boleh dilakukan pada sendi tubuh lain sperti pinggang dan leher.

ARTIKEL BERKAITAN: Segeralah ke tandas kalau rasa nak berak, kalau ditahan ada risiko pada kesihatan

Bagi yang biasa melakukannya, ia memang memberi sensasi melegakan sehingga ada yang sampai tahap menjadi tabiat yang sukar ditinggalkan.

Malah cracking knuckles sudah menjadi kebiasaan sebagai penutup ketika melakukan urutan tradisional. Apakah tindakan ini akan memberi kesan buruk kepada kesihatan atau sebaliknya?



Tabiat meletupkan sendi jari itu tidak akan menyebabkan osteoartritis atau pembesaran sendi.

Pakar Ortopedik, Dr Kim L. Stearns memberitahu cracking knuckles boleh melepaskan gas dalam bentuk gelembung nitrogen dari ruang di sekitar sendi. Bunyi yang dihasilkan adalah kesan penyahmampatan dalam gelembung di dalam sendi.

Kata Dr Kim, bunyi yang dihasilkan bukan sahaja boleh memberi sensasi kelegaan tetapi membuatkan sesetengah orang berasa ngilu.

Tambahnya, tabiat meletupkan sendi jari itu tidak akan menyebabkan osteoartritis atau pembesaran sendi meskipun terdapat kajian dilakukan pada 1999 menyatakan tabiat ini boleh menyebabkan jari menjadi lemah dan memicu terjadinya pembengkakan tangan.

Apa-apa pun, ada baiknya untuk mengurangkan tabiat ini demi memastikan tubuh tetap sihat dan mengelak daripada sebarang masalah berkaitan sendi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain