suria

Nak senang 'membuang' waktu pagi? Lakukan 5 perkara ini sebelum tidur

Ada cara boleh dilakukan agar memudahkan proses membuang air besar pada waktu pagi.

ADA sesetengah orang memang wajib membuang air besar pada waktu pagi. Jika tak dapat 'membuang' boleh menimbulkan rasa resah dan tak selesa.

Sebenarnya ia bukan sesuatu yang tidak normal sekiranya anda tidak boleh membuang air besar pada waktu pagi. Secara umumnya, ada orang akan ke tandas tiga kali sehari dan paling sedikit, tiga kali dalam seminggu.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan ambil mudah... ketahui 5 cara cegah dan rawat jangkitan saluran kencing

Setiap orang berbeza dan selagi mereka konsisten dengan pola yang sudah terbentuk, ia sebenarnya sudah cukup baik.

Bagaimanapun, jika anda ingin menjadikan membuang air besar sebagai rutin setiap pagi, ada beberapa cara untuk melakukannya.

1. Minum air putih

Salah satu fungsi utama usus besar adalah membantu tubuh menyerap air. Jika anda ingin membuang air besar, adalah penting memastikan usus besar cukup air dan terhidrasi.

Sebelum tidur, sebaik-baiknya minum segelas air putih dan ia akan membantu kelancaran proses membuang air besar pada waktu pagi.

2. Kekacang

Salah satu makanan yang kaya dengan serat adalah kekacang. Pengambilan 20-30 gram pada waktu malam dapat membantu melancarkan proses membuang air besar pada waktu pagi.

3. Jalan kaki selepas makan malam

Bagi merangsang rasa membuang air besar pada waktu pagi, sebaik-baiknya lakukan aktiviti fizikal seperti berjalan kaki selepas makan malam.

Berjalan kaki di sekitar rumah selama 10 minit dapat meningkatkan gerakan usus dan membantu membuang air besar.

4. Sarapan awal

Sarapan awal dapat menstimulasi gerakan pada usus sehingga mendorong anda membuang air besar.

5. Kopi atau teh?

Ada menganggap kopi mampu merangsang rasa membuang air besar - jika ia berkesan maka teruskan. Teh juga bagi sesetengah orang pula dapat membantu mereka. Tiada apa yang betul atau salah dalam hal ini selagi ia tidak memberi masalah kepada anda.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain