suria

Jangan ambil mudah... ketahui 5 cara cegah dan rawat jangkitan saluran kencing

Jangkitan saluran kencing jangan dibuat main!

JANGKITAN saluran kencing adalah jangkitan oleh mikroorganisma (kuman) pada bahagian tertentu saluran kencing samada pada ginjal, ureter, pundi kencing dan urethra.

Jangkitan pada saluran kencing bawah merupakan jangkitan yang kerap berlaku kepada sesiapa sahaja namun kajian turut mendapati penyakit ini lazimnya berlaku dalam kalangan wanita memandangkan golongan ini memiliki saluran kencing yang lebih pendek.

ARTIKEL BERKAITAN: Warna hingus boleh cerita masalah kesihatan anda... awas jika keluar lendir hitam!

Antara gejala jangkitan saluran kencing ini termasuklah sakit ketika membuang air kecil, kerap kencing, warna air kencing bertukar gelap dan berbau busuk serta banyak lagi.

Bagaimanapun terdapat pelbagai cara untuk mencegah dan merawat jangkitan ini termasuklah;



Jangan amalkan tabiat menahan kencing.

1. Banyak minum air putih

Salah satu cara paling mudah dan berkesan mencegah dan merawat jangkitan saluran kencing adalah dengan memperbanyakkan minum air putih.

Apabila banyak minum air, kita akan sering membuang air, sekali gus membawa keluar bakteria yang ada.

Kebiasaannya, individu yang kurang air dalam badan dan jarang membuang air kecil adalah golongan berisiko tinggi terkena jangkitan itu.

2. Vitamin C

Makanan yang kaya dengan vitamin C sangat memainkan peranan dalam menjaga tubuh badan untuk kekal sihat sekali gus memastikan tubuh tidak mudah diserang jangkitan kuman.

Sebab itu, kita perlu konsisten mengambil makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan Vitamin C.

Ia juga berfungsi untuk menguatkan sistem imunisasi badan manusia.

3. Antibiotik

Kebiasaannya doktor akan memberi antibiotik untuk dimakan bagi menghilangkan rasa sakit dan membunuh bakteria.

Bagaimanapun, pengambilan antibiotik perlu dihabiskan mengikut preskripsi doktor agar pesakit dapat pulih sepenuhnya.

4. Minuman probiotik

Probiotik ialah mikroorganisma hidup yang memberi manfaat kepada tubuh terutamanya pada saluran pencernaan manusia.

Beberapa kajian mendapati, probiotik terbukti membantu merawat jangkitan saluran kencing.

5. Menjaga kebersihan alat sulit

Kawasan alat sulit sangat sensitif dan kebersihannya perlu dijaga agar tidak berlaku sebarang jangkitan. Elakkan daripada menahan kencing kerana ia boleh menyebabkan bakteria berkumpul dan terkena jangkitan.

Cuci kawasan alat sulit selepas membuang air untuk mencegah perpindahan bakteria.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain